Monday, November 11, 2013

Dakwaan Dua ADUN Perak Jumpa Anwar Lompat Parti Tak Perlu Dilayan - Zambry

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata dakwaan di laman twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.

"Biasalah untuk anda baca macam-macam. Ada juga yang kata saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional).

Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak di Kampar, kelmarin.

Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada 7 Nov lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin."

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment