Thursday, November 28, 2013

Dua Profesional Muda Sertai Barisan Exco Pemuda Umno

 Khairy (dua, kiri) mengetuai majlis angkat sumpah perlantikan jawatan exco Pemuda Umno pada Mesyuarat Exco pergerakan itu, semalam.
Dua profesional muda adalah antara yang dibawa menyertai barisan kepimpinan Pemuda Umno pusat bagi penggal 2013-2016, yang turut menyaksikan kewujudan dua biro baharu.

Ketika mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda dan ketua serta naib Ketua Pemuda negeri di sini Rabu, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata pelantikan profesional muda lingkungan 20-an iaitu Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Husin adalah bagi mewakili generasi muda.

"Mereka (dua exco muda) ini ialah daripada luar struktur Umno secara tradisi walaupun mereka ini ahli tetapi tidak datang daripada jawatankuasa bahagian, cawangan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama sayap itu selepas pemilihan parti Oktober lepas di Menara Dato' Onn, semalam.



Dalam pada itu, Khairy berkata pengenalan dua biro baharu iaitu Perkaderan Politik serta Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup menjadikan jumlah keseluruhan biro dalam pergerakan berkenaan kini 27. 

Beliau juga berkata barisan kepimpinan kali ini hanya dibarisi lima muka lama manakala selebihnya adalah muka baharu.

Beliau berkata setiap biro diletakkan KPI masing-masing agar mempunyai matlamat jelas dan dapat mencapainya dalam usaha pergerakan itu menarik minat 2.5 juta pengundi muda menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kita juga ada dua matlamat, pertama PRU14 kita menang dan kita dapat sokongan padu daripada pengundi muda, termasuk yang kita dekati, bantu untuk daftar jadikan ahli, 2.5 juta pengundi baharu... kita akan cuba dekati mereka seramai mungkin.

 "Yang kedua ialah proses pengkaderan sebab itu kita tubuhkan biro baharu.

Pada Perhimpunan Agung lepas, Presiden (Umno) bersetuju Pemuda menubuhkan satu akademi kepimpinan yang kita beri nama atas penghormatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pertama, Tun Hussein Onn, kita bagi nama akedemi Kapten Tun Hussein Onn, dan akademi ini akan jadi tempat di mana kita laksanakan pengkaderan.

"Kita juga mencari pemimpin masa depan Umno daripada kalangan pemuda, mahasiswa dan profesional muda, kita akan kenal pasti mereka yang boleh dilatih untuk dibangun sebagai pemimpin masa depan," katanya.

Berikut adalah senarai biro dan pengerusinya:

1. Jawatankuasa Pengurusan: Khairul Azwan Harun 2. Penerangan:Jamawi Jaafar 3. Pendidikan Tinggi: Fathulbari Mat Jahya 4. Politik dan Pidato:Armizan Mohd Ali 5. BN dan 1Malaysia: Mohd Najib Mohd Isa 6. Pendidikan Luar Negara: Onn Hafiz Ghazi 7. Keselamatan Awam: Mua'amar Ghadafi Jaamal Haamaludin 8. Hal Ehwal Bandar dan Perumahan: Nazir Hussin Akhtar Hussin 9. Hubungan NGO: Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan 10. Pertanian dan Asas Tani: Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad 11. Kesenian dan Kebudayaan:Jeffri Salim 12. Perkaderan Politik:Tengku Zuhri Tengku Aziz 13. Pekerja Muda:Dazma Shah Daut Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi 15. Sukan: Yuzmizan Md Yunus 16. Antarabangsa: Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan 17. Sosial Etika: Mohd Iskandar Jaafar 18. Kesatria Muda: Arman Azha Abu Hanifah 19. Hal Ehwal Luar Bandar: Anuar Abdul Manap 20. Pelajaran: Mohd Rafiq Naizamohideen 21. Media Baru: Ibdillah Ishak 22. Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Azlan Abdullah 23. Professional Muda:Shahril Hamdan 24. Agama: Azmir Yuzaimi Mohd Yunos 25. Keahlian Dan Daftar Pemilih:Kamarol Salleh 26. Aduan Komuniti: Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman 27. Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup:

Mohd Ar Rahman Husin Setiausaha Kerja :  Mohd Lassim Burhan

Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri: 1. Perlis Ketua Pemuda : Syed Atif Syed Abu Bakar Naib Ketua Pemuda : Khairul Anuar Ahmad 2. Kedah Ketua Pemuda : Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abdin Naib Ketua Pemuda : Mahadzir Abdul Hamid 3. Pulau Pinang Ketua Pemuda : Rafizal Abd Rahman Naib Ketua Pemuda : Jasmin Noordin 4. Perak Ketua Pemuda : Hairul Anwar Naib Ketua Pemuda : Khairul Shahril 5. Selangor Ketua Pemuda : Zuhri Zainal Naib Ketua Pemuda : Rizuan Mahidin 6. Wilayah Persekutuan Ketua Pemuda : Mohd Razlan Naib Ketua Pemuda : Mohd Rafi 7. Negeri Sembilan Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda : Azharuddin Shujauddin 8. Melaka Ketua Pemuda : Zali Mat Yasin Naib Ketua Pemuda : Rohaizam Bakar 9. Johor Ketua Pemuda : Hasrin Hashim Naib Ketua Pemuda : Khairul Anwar 10. Pahang Ketua Pemuda : Shahruddin Ahmad Naib Ketua Pemuda : Ahmad Nilhakim Abd Rahman 11. Terengganu Ketua Pemuda : Mohd Johari Abu Bakar Naib Ketua Pemuda : Dr Najmil Faiz 12. Kelantan Ketua Pemuda : Mohammad Azam Ismail Naib Ketua Pemuda : Eriandi Ismail 13. Sabah Ketua Pemuda : Yamani Hafez Naib Ketua Pemuda : Shahelmey Yahya.

No comments:

Post a Comment