
"JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai semalam untuk memantau isu-isu teknikal atau gangguan sistem semasa pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai hari ini.
Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas.
No comments:
Post a Comment