Sunday, November 3, 2013

MB lawat PDM Gelang 3 Sungai Limau

Menteri Besar Terengganu ,Datuk Seri Ahmad Said mengadakan kenduri rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gelam 3 di Sungai Limau, Kedah yang merupakan ‘anak angkat’ kepada Umno Negeri Terengganu, petang kelmarin (1 November).

Kira-kira 500 orang hadir bagi memeriahkan majlis itu dan meraikan Menteri Besar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Berucap pada majlis itu, Menteri Besar meminta agar pengundi di Gelam 3 berfikir banyak kali untuk mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kali ini.

Beliau berkata, sepanjang lima penggal PAS mentadbir DUN Sungai Limau, tidak ada sumbangan kepada pengundi di kawasan itu semalam ini.

“Apa sumbangan PAS kepada Pengundi di DUN Sungai Limau selama ini dari segi kebajikan,pembangunan,sosioekonomi,pelajaran & kesihatan? DUN inilangsung tidak membangun,” katanya

 Katanya, adalah amat dikesali kawasan itu jauh ketinggalan walaupun bekas wakil rakyat kawasan DUN Sungai Limau juga bekas Menteri Besar Kedah.

“Oleh itu, saya menyeru semua pengundi PDM Gelam 3 agar mengundi Barisan Nasional bagi menjamin perubahan yang akan dibawa oleh Kerajaan Kedah kepada penduduk di Gelam 3 khasnya.

“Apa lagi rakyat daripada PAS Masa mereka menjadi kerajaan di Kedah ini apa PAS buat untuk Rakyat Sungai Limau ini. Tiada apa pun. “Kini tiba masanya untuk berubah dengan mengundi BN di hari pembuangan undi nanti.. contoh dah ada dengan apa yang berlaku kepada rakyat sungai limau ini.Marilah kita sama-sama berhijrah dari PAS kepada BN kali ini, dan ambil kesempatan Hijrah yang akan berlaku selapas 5 haribulan ini,” katanya.

Selepas kenduri itu, Menteri Besar sempat melawat sembilan buah rumah dibawah jagaan Perhubungan Negeri Terengganu di PDM Gelam 3.

Antara rumah yang dilawatinya ialah PuanHajjah Robiah Harun yang berumur 73 tahun dan mengalami sakit lumpuh separuh badan. Menteri Besar menghulurkan bantuan sebuah kerusi roda kepada Hajjah Robiah bagi memudahkan pesakit itu bergerak.

Teganukita

No comments:

Post a Comment