Lapan lelaki dan enam wanita, termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Cawangan Keselamatan Istana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, ditahan dalam serbuan ‘pesta dadah’ di sebuah apartmen mewah, dekat Kuantan tengah malam kemarin.
Malah polis percaya apartmen itu turut dijadikan disko mini oleh suspek selepas khayal mengambil dadah berikutan penemuan pelbagai peralatan audio di situ.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Pemeriksaan mendapati ia adalah satu paket plastik lutsinar berisi 14 biji pil Ecstasy dan pemeriksaan fizikal pada suspek turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi setengah biji pil Ecstasy.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata ketika anggotanya memasuki bilik berkenaan, seorang lelaki dilihat cuba membuang sesuatu daripada genggaman namun sempat dihalang polis.
Katanya, pemeriksaan mendapati ia adalah satu paket plastik lutsinar berisi 14 biji pil Ecstasy dan pemeriksaan fizikal pada suspek turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi setengah biji pil Ecstasy.
“Pemeriksaan di bahagian dapur pula menemui satu beg hitam berisi satu kotak rokok di dalamnya mengandungi tiga paket syabu.
Polis merampas semua dadah itu dan menahan semua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.
Semua suspek positif dadah
Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah berjaya dirampas dalam serbuan itu adalah Ecstasy seberat 5.96 gram dan syabu 6.37 gram.
“Semua suspek berusia 22 hingga 28 tahun terbabit direman dan ditempatkan di lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Abdul Aziz, berkata anggota polis yang ditahan terbabit sudah lima tahun berkhidmat dan menjadi penagih Ecstasy serta Eramine 5 sejak awal tahun ini.
Katanya, semua suspek terbabit positif dadah selepas ujian air kencing.
BH Online
No comments:
Post a Comment