Monday, November 25, 2013

Syarikat, Dua Pengarah Didenda Kerana Gagal Hantar Penyata Tahunan

Sebuah syarikat pembekal peralatan elektrik dan elektronik dan dua pengarahnya masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam kerana gagal menghantar penyata tahunan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak tiga tahun lepas.

Avid Synergy Sdn Bhd dan pengarahnya Mohd Karimi Ariifin dan Badrol Hisham Zaki masing-masing dikenakan denda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap tuduhan gagal mengemukakan penyata bagi 2010, 2011 dan 2012.

Kedua-duanya mengaku bersalah mengikut Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu premis syarikat di nombor 470-D, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

Mohd Karimi, yang mewakili syarikat dan Badrol Hisham membayar kesemua denda itu yang berjumlah RM9,000.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa SSM Mohd Fauzi Awang.

No comments:

Post a Comment