Wednesday, December 4, 2013

Fama Terengganu Promosi Masakan Ikan Air Tawar Khamis Ini

Sempena musim banjir di negeri ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan mengadakan promosi jualan masakan ikan air tawar pelbagai aneka di dua lokasi Pasar Tani esok.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata dua lokasi itu ialah Padang Hiliran, dan Jertih, Besut yang sememangnya merupakan tumpuan utama penduduk membeli keperluan bahan masakan.

"Kami adakan promosi makan ikan air tawar kerana musim sekarang (tengkujuh), para nelayan laut tidak keluar ke laut kerana ombak tinggi dan mengakibatkan harga ikan laut meningkat di pasaran. "Kami gunakan peluang waktu ini kerana ikan sungai mudah didapati bila air sungai besar," katanya di Kuala Terengganu, semalam.


Hasan berkata promosi itu untuk beberapa jenis ikan tawar seperti ikan keli, patin dan talapia yang akan dikendalikan oleh tukang-tukang masak berpengalaman Fama.

Hasan berkata sempena promosi itu juga harga ikan-ikan itu dikurangkan RM1 bagi setiap kilogram.

Umpamanya harga ikan keli pada hari biasa RM7 sekilogram akan diturunkan kepada RM6.

Sementara itu, beberapa jenis ubi yang dijual di pasar tani Padang Hiliran mendapat sambutan hangat daripada orang ramai pada musim tengkujuh ini.

Ubi itik, ubi keledek, ubi kayu, ubi nasi, dan ubi keling dijual dengan harga antara RM3 hingga RM5 sekilogram.

Beliau berkata biasanya setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh pengeluaran ubi memang banyak di Terengganu.

1 comment:

  1. saya menjual ikan keli limbat segar..ditangkap dari sungai dan bukan ternakan kolam..saiz anggaran 4-5 ekor sekilo..harga rm9.50 sekilo..penghantaran disediakan..kuantan dan kemaman..sudin 0145150398

    ReplyDelete