Anggota tentera bekerja keras menyiapkan jambatan taktikal di Kemaman minggu lalu. |
Jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 itu boleh digunakan orang ramai sejak 7 pagi.
Pembinaan dan pemasangan jambatan itu melibatkan seorang pegawai dan 40 anggota lain-lain pangkat dari 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja.
"Jambatan taktikal itu telah diaturgerakkan dari Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota Kluang di Johor," menurut kenyataan Markas Tentera Darat kelmarin.
Ia berkata pembinaan jalan masuk dan tanjakan telah dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya.
Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Raya Markas Tentera Darat, Kapten Siti Aishah Noor berkata jambatan itu mula dibina pada 13 Dis. Pasukan itu sebelum ini membina jambatan taktikal sepanjang 20 meter di bandar Chukai, Kemaman.
No comments:
Post a Comment