Saturday, December 21, 2013

Terus Sokong Harimau Muda - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong pasukan bola sepak negara meskipun gagal dalam misi mempertahankan pingat emas di Sukan SEA ke-27 di Myanmar.

"Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada skuad Harimau Muda, saya yakin setiap pemain telah lakukan yang terbaik. Teruskan menyokong mereka," kata perdana menteri di laman Twitter beliau semalam.

Misi membawa pulang emas gagal apabila skuad bawah 23 tahun negara tersingkir di peringkat separuh akhir pada Khamis.

Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Pada Sukan SEA Indonesia 2011, Malaysia merangkul emas selepas menundukkan pasukan tuan rumah 4-3 juga menerusi penentuan sepakan penalti.

No comments:

Post a Comment