Thursday, January 9, 2014

Program Bantuan Mangsa Banjir Secara Berperingkat - Ahmad Said


Program penyampaian bantuan banjir berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal di Kemaman akan diagih secara berperingkat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata setiap keluarga yang terjejas teruk akibat banjir akan mendapat sumbangan daripada Kelab Putera 1Malaysia.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri program penyampaian bantuan Ahad ini.

"Saya dimaklumkan Kelab Putera 1Malaysia akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang rumah mereka tenggelam dan mengalami kerosakan harta benda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu semalam (8 Jan 2014).

Ahmad Said berkata setiap keluarga akan turut menerima sebuah televisyen LED bersaiz 32 inci sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang akan disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dijangka 14,000 keluarga di sekitar Kemaman akan menerima bantuan selain SKMM akan turut mengagih kira-kira 30,000 unit televisyen kepada setiap keluarga termasuk di beberapa negeri lain.

Mangsa akan turut menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment