"Bekas setiausaha politik dan pengarah itu masing-masing ditahan pagi dan petang ini. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam lawan sesawang suruhanjaya itu.Dua individu berkenaan, masing-masing berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an didakwa terbabit pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta, katanya.
Mustafar berkata, tiga yayasan terbabit ditubuhkan antara 1980-an dan tiga tahun lalu, tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad.
Kedua-dua individu berkenaan memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit.
Difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan, katanya.

No comments:
Post a Comment