Saturday, January 25, 2014

Yayasan Diraja Sultan Mizan Nafi Anjur Lawatan MB Terengganu Ke Antartika

Datuk Seri Haji Ahmad Said di majlis MoU antara National Antartic Research Center of Malaysia dengan Institut Antartico Chileno. 
Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) Jumaat menafikan ia menganjurkan lawatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.

"Lawatan itu bukan anjuran YDSM, dan ia tiada kaitan dengan program yayasan," kata Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun tidak dinyatakan  apakah lawatan oleh Menteri Besar itu ada kaitan dengan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan.

Yayasan berkenaan yang dilaancarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilangsungkan di Universiti Malaysia Terengganu pada Julai 2012.

Mohd Azrul berkata yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.

Pada 15 Jan lepas, akhbar melaporkan satu kenyataan bahawa Ahmad akan mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Pelancaran Yayasab Penyelidikan Antartika Sultan Mizan oleh Sultan Terengganu  di UMT pada 19 Julai 2012.
Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu, menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Kenyataan Pejabat Menteri Besar dipetik Bernama menyebut:

"Ahmad Said ketuai lawatan kerja ke Antartika

KUALA TERENGGANU (15 Januari 2014) :  Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai lawatan ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mulai Sabtu ini.

Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam kenyataan hari ini berkata lawatan kerja selama 15 hari itu bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).


"Lawatan kerja itu menjurus kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat menyumbang kepada penyelidikan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.


"Lawatan yang bersifat eksplorasi saintifik itu merupakan susulan daripada lawatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 yang mahu melihat lebih banyak universiti tempatan melibatkan diri dalam penyelidikan di benua sejuk itu," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang akan mengikuti ekslorasi itu telah meletakkan seorang penyelidik di sebuah stesen di Antartika yang dikendalikan Korea Selatan selama tiga bulan.


Sementara itu, Ahmad ketika ditemui berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan platform kepada saintis dan penyelidik untuk menjalin kerjasama strategik dengan Chile.


Penglibatan kerajaan Terengganu dalam misi itu menggambarkan sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan di peringkat pusat dan global dan lebih penting ia merupakan usaha untuk melahirkan kumpulan penyelidik yang berwibawa dan dihormati, katanya.


Ahmad berkata, beliau dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara INACH dan YDSM bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di benua itu.


"Dengan termeterai memorandum persefahaman itu, kami yakin dapat menubuhkan sebuah stesen kendalian bersama Malaysia-Chile di Antartika.


Ia akan membolehkan lebih ramai pertukaran pelajar dan kakitangan akedemik terlibat dalam penyelidikan di sana," katanya.


Chile akan menjadi tuan rumah kepada delegasi Malaysia yang akan dibawa melawat stesen penyelidikan yang dikendalikan oleh INACH di Antartika. - Bernama


Sementara itu teganukita melaporkan  Perjanjian Persefahaman (MOU) berkaitan penyelidikan di Antartika telahpun ditandatangani 22 Januari lalu  dan Ahmad Said telah menyaksikannya.

Perjanjian itu adalah di antara National Antartic Research Center of Malaysia (NARC) dengan Institut Antartico Chileno (NACH). NARC diwakili oleh Prof Dr.Azizan Abu Samah, manakala NACH diwakili Pengarahnya, Dr.Jose Ratamales Espinoza.

Menurut salah seorang yang menyertai lawatan kerja ke Antartika itu,Prof Datuk Dr Aziz Deraman sekurang-kurangnya terdapat 4 fokus utama persefahaman itu:

I) Kerjasama dalam kajian sains dan alam sekitar Antartika.

II) Berkongsi dan saling bertukar sumber penyelidikan untuk kepentingan bersama.

III) Bekerjasama mempromosio pembangunan sumber manusia berkaitan kajian di Antartika.

IV) Mencari peluang untuk kerjasama kedua dua pihak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan di Antartika.

No comments:

Post a Comment