Sunday, February 2, 2014

T-Team Akan DiHukum, Denda Seperti Kes Pasukan Racing Santander?

Pemain JDT, Luciano Figueroa (kanan) dan Pablo Aimar menunggu pemain T-Team memasuki padang pada separuh masa kedua perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam tadi.
KUALA TERENGGANU (2 Februari 2014) - Pasukan bola sepak Racing Santander diharamkan menyertai Copa del Rey di Sepanyol musim akan datang.

Ia gara-gara pemain pasukan itu (gambar bawah) enggan bermain lansung  pada perlawanan malam Khamis lalu melawan Real Sociedad.


Pemain memboikot kerana masalah gaji mereka tidak dibayar. Kapten pasukan, Mario Fernandez berkata, gaji mereka tidak dibayar beberapa bulan.

Selain digantung, kelab berkenaan turut didenda 3,000 euro atau(£2,500).

Di negara kita semalam, pertemuan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan.

Ia ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.

Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi. Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.


Menurut Komen T-Team di Facebook mengenai 'Perkara sebenar Berlaku Di Larkin'

"Pemain Import T-Team FC, Evaldo Goncalves ditumbuk di bahagian muka dan menyebabkan pendarahan pada hidung dan Jurulatih Kecergasan T-Team FC Stefano, disepak pada bahagian kemaluan oleh Pengurusan Tertinggi JDT semasa menuju ke bilik persalinan."


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.

Dalam perlawanan itu, JDT sedang  mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Apakah hukuman yang menanti T-Team? Apakah seperti Racing Satander dari Sepanyol itu.

Pemain Lions XII, Khairul Amri (kanan) diasak pemain Pahang, Zeshan Rehman pada perlawanan Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. Keputusan Pahang menang 2-1.
Sementara itu, juara Piala Malaysia, Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangkan wakil Singapura, LionsXII 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Jalan Besar.

Mohd Hafiz Kamal membuka jaringan Tok Gajah pada minit ke-51, sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan 2-0, empat minit kemudian.

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan oleh Safuwan Baharudin, empat minit sebelum tamat permainan. 

Pahang kini akan berdepan pemenang di antara PBAPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berentap di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang Selasa depan.

1 comment: