Wednesday, February 12, 2014

Terengganu Pertingkat Pemantauan Kebersihan Di Semua Hotel, Restoran

Muhd Pehimi (kiri) menjawab soalan semalam.
Kerajaan Terengganu mempertingkatkan pemantauan kebersihan di semua hotel termasuk hotel bajet dan premis makanan di negeri itu sepanjang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata langkah itu bagi memastikan pengunjung, terutama pelawat asing bukan sahaja menikmati makanan yang enak tetapi juga selamat.

Pemantauan dilaksana menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan, katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Multimedia, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya pemeriksaan bukan sahaja meliputi tempat penyediaan makanan tetapi juga tandas di premis terbabit.

Sempena TMM 2014, Terengganu menyasarkan kehadiran lima juta pelancong dengan 35 peratus pelawat asing. Tahun lepas kira-kira empat juta orang mengunjungi Terengganu.

No comments:

Post a Comment