Monday, February 10, 2014

UMT Giat Laksana Langkah Tarik Pelajar Antarabangsa

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini giat melaksanakan beberapa langkah termasuk menambah baik pusat pengajian bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa bermula pengambilan September ini.

Naib Canselornya Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata untuk tujuan itu juga UMT mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara dalam beberapa bidang penyelidikan terutama sains marin dan kelautan.

"Pada masa ini UMT mempunyai sekitar 130 pelajar antarabangsa, iaitu perubahan yang amat kecil dalam tempoh lima tahun ini," katanya dalam sidang media, di Kuala Terengganu, semalam.

Selain itu, Ibrahim berkata UMT juga mahu menambah bilangan pensyarah asing kepada 50 orang menjelang tahun depan.

"Pada 2012 kita hanya ada 10 pensyarah antarabangsa dan jumlah itu meningkat sekali ganda pada tahun lepas.

Pembabitan pensyarah antarabangsa ini penting kerana mereka mempunyai hubungan dengan universiti luar, sekali gus menjadi daya tarikan pelajar asing," katanya.

Menurutnya setakat ini UMT melaksanakan jaringan kerjasama dengan universiti yang terkenal dalam bidang perikanan dan marin di Jepun, Eropah dan Australia.

No comments:

Post a Comment