Saturday, March 1, 2014

Isu Pakaian, Beg Sekolah - Akhirnya Syed Azman Terbukti Pembohong...


Mahkamah Tinggi semalam (28 Februari 2014) memerintahkan wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar ganti rugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.

Kes ini hampir 'dicampak keluar' oleh Mahkamah Tinggi pada 2012, namun rayuan oleh Ahmad Said pada 15 Januari 2013 membenarkan semua kes ini didengar semula.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam sebelum ini memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang bagi meneruskan saman terhadap Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.


Pada 23 Julai 2012, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal keempat-empat defendan bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman itu atas alasan ia tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

Pada 28 Ogos 2012, mahkamah sama turut membatalkan Ahmad Said sebagai pihak dalam saman itu.
Abu Bakar turut mewakili kerajaan negeri Terengganu manakala defendan diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin.

Namun panel tiga hakim dianggotai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara membenarkan rayuan Ahmad Said bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan beliau sebagai pihak dalam saman itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Hishamudin berkata, tindakan membatalkan plaintif kedua sebagai pihak dalam saman itu tanpa perbicaraan penuh adalah pramatang.

Beliau kemudian memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan di depan hakim lain.

Hakim Mohd Hishamudin turut menetapkan 23 Januari 2013 sebagai pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan menerima hujah peguam Abu Bakar Jais yang mewakili Ahmad Said bahawa sebagai penjawat awam, beliau boleh memfailkan saman fitnah dalam kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar.

Kes ini bermula pabila pada 15 Disember 2011, kerajaan negeri Terengganu, Ahmad Said, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang diberi kontrak membekal pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiar dalam Harakah keluaran 11-13 November 2011.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi, kos dan satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Semalam, peguam Helmi Hamzah, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, memaklumkan pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan defendan membayar RM30,000 sebagai kos kepada Ahmad.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili kesemua defendan berkata mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Mek Hawa dan Hamie Azreen atas alasan kedua-dua plaintif gagal membuktikan kes mereka terhadap defendan.

Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada defendan.

Azhana berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan.

Ditanya sama ada rayuan akan difail berikutan keputusan mahkamah hari ini, Azhana berkata beliau akan menunggu arahan anak guamnya.

Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan.

No comments:

Post a Comment