Thursday, March 20, 2014

MH370 - 'Baik, Selamat Malam' Jadi Kata-Kata Terakhir Misteri


"Persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan."

Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq "Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

a adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.


"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. Adakah sesuatu berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari semalam  berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq.

 "Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima,” katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37 pagi.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan.

Sementara itu seorang penumpang pesawat MH370 warga Malaysia yang didakwa sebagai seorang jurutera penerbangan merupakan antara tumpuan siasatan, menurut satu laporan.

Laporan Reuters menyebut, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, mengaku dalam satu laman sosial sebelum ini bahawa beliau bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan jet sewa swasta.

Seorang pegawai tinggi polis yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan mengesahkan bahawa pasukan itu sedang menyiasat para penumpang termasuk Mohd Khairul dan juga anak kapal lain.

“Ya kami menyiasat Mohd Khairul dan juga penumpang lain dan juga anak kapal.

“Fokusnya adalah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai kemahiran penerbangan di atas pesawat tersebut,” kata pegawai polis berkenaan dalam laporan Reuters.

Penyiasat percaya bahawa pesawat berkenaan dilencongkan dari laluan asalnya oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pesawat dan panduan arah pesawat komersil.

Sumber - malaysiakini

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete