Monday, March 3, 2014

Pembabitan Pelajar Dalam Kes Jenayah Di Terengganu Masih Terkawal - Polis


Penglibatan pelajar sekolah dalam kes jenayah dan penyalahgunaan dadah di Terengganu masih terkawal dan tidak membimbangkan, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil.

Namun beliau berkata keadaan itu bukan jaminan ia akan berkekalan untuk jangka masa panjang dengan ibu bapa perlu lebih serius mengawal anak-anak mereka.

"Kebanyakan kes melibatkan pelajar tidak berlaku ketika mereka berada di sekolah sebaliknya kegiatan tidak bermoral dilakukan di luar waktu persekolahan.

"Atas sebab itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih serius bagi mengelak anak-anak mereka terjebak dalam aktiviti negatif terutama di zaman siber ini," katanya kepada pemberita di Setiu.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan penglibatan pelajar lelaki dalam kegiatan merempit manakala pelajar perempuan dengan pergaulan bebas.

No comments:

Post a Comment