Monday, March 3, 2014

Zahid 'Bodoh', Buat Kerja Separuh Jalan...Najib Patut Pecat Daripada Kabinet


"Zahid Hamidi buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau...contohnya isu Mat Sabu, dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan) begitu juga dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang 'membahayakan' negara." 

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini jadi tumpuan dan serangan pelbagai persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, selain blog-blog yang selama ini menyokong kerajaan.

Zahid dikatakan sebagai 'tin kosong'. Dia dilihat tidak sensitif dan menukar sikapnya yang sebelum ini begitu marah dengan Malaysiakini.


Namun kini Zahid bukan lagi yang dulu....dia yang sekarang boleh memuji Malaysiakini dan kerana itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Zahid untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

 "Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.

“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah semalam.

Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton

Ali semalam ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).

Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.


Seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.

Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu

"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.

Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.

Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.

"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau.

Contohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan) Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.

No comments:

Post a Comment