Friday, April 11, 2014

Ahmad Said Sifatkan FAM 'Cakap Tak Masuk Akal'

"Suruh dia telefon saya sebab kenapa tiada pertuduhan? Siapa tukang tuduh...ker Terengganu yang tukang tuduh? Mesti FAM yang tukang tuduh, macam mana buat kerja ni?
 - Datuk Seri Ahmad Said

Datuk Seri Amad Said menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai "cakap tidak masuk akal" berhubung tidak menerima pertuduhan untuk bicara pegawai Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam kes 'Terowong Larkin'.

Malah Menteri Besar Terengganu,  turut mempertikaikan tindakan FAM itu dalam menyelesaikan kes berkenaan.

"Suruh dia telefon saya sebab kenapa tiada pertuduhan? Siapa tukang tuduh...ker Terengganu yang tukang tuduh? Mesti persatuan (FAM) yang tukang tuduh, macam mana buat kerja ni?

"Yang itu (JDT didenda RM30,000) dia (FAM) tuduh pula pasal keselamatan. Sebab itulah saya kata ada tangan ghaib. Kalau macam ni senanglah kita berperang...cari 10,000 atau 20,000 'orang ghaib', 'tangan ghaib' ini pergi berperang.

"Tulislah saya yang kata orang dia tak masuk akal cakap.. ada pula tiada pertuduhan dan tiada apa-apa. Mengarut!," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pejumpaan santai bersama Menteri Besar Perlis Azlan Man yang hadir untuk menjemput kontinjen Terengganu ke temasya Sukma Perlis bermula 24 Mei ini.


Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Tataterbit FAM, Datuk Taufek Abdul Razak membuat kejutan apabila mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang pertuduhan daripada pihak sekretariat FAM bagi membicarakan pegawai PBNJ yang didakwa terbabit dalam kes pergaduhan di terowong itu.

Malah Taufek turut menyifatkan apa yang terjadi dalam terowong adalah terpencil dan tidak membabitkan perlawanan atas padang. Pasukan T-Team tidak meneruskan babak kedua perlawanan pusingan kedua Puala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor, pada 1 Feb lepas.

Justeru, Ahmad Said membidas kenyataan dikeluarkan pihak FAM menyalahkan keputusan penarikan diri T-Team pada perlawanan itu jelas menunjukkan kelemahan dalam menyelesaikan masalah berlaku. 

"Takkanlah T-Team bodoh tak nak tarik diri kalau pemain rasa dah tak selamat sampai kena tumbuk dalam terowong? Malah kita diiring keluar sampai ke Mersing dan mereka juga suruh kita tukar baju...

"Perkara 16 (undang-undang FAM) mengatakan bahawa pengadil yang memutuskan pertandingan itu boleh diteruskan atau tidak (bergantung) atas dasar keselamatan.

"Pengadil dan komisioner dalam padang. Ini (insiden tumbuk) berlaku dalam terowong... Sudah jatuhkan pertuduhan denda RM30,000, sekarang ini tiba-tiba tiada pertuduhan pula pada orang yang terlibat," bidasnya.

Sebelum ini, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan JDT bersalah dalam insiden pergaduhan pada 1 Feb dengan pasukan T-Team di stadium berkenaan di mana JDT didenda RM30,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment