Dua faktor utama iaitu kurang fokus dan hilang konsentrasi yang terus membelenggu pasukan Terengganu mengakibatkan pasukan itu dihukum dan terpaksa berkongsi mata dengan PKNS FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
Ketua Jurulatihnya Abdul Rahman Ibrahim berkata anak didiknya sudah memberikan aksi terbaik dengan mendahului 2-0 pada babak pertama tetapi gagal mengekang kebangkitan skuad tuan rumah pada babak kedua.
Beliau mengakui sekiranya pemain dapat bermain dan mengawal bola ketika mendahului kedudukan pada babak pertama itu sudah pastinya mereka berjaya membawa pulang tiga mata, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam tiga pasukan teratas liga.
Kegagalan beberapa tonggak utama dalam mengekalkan kecergasan mereka setelah kembali daripada kecederaan sebelum ini juga menjadi punca kita gagal mengekalkan rentak permainan, katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
"Sememangnya kita memiliki pemain yang bagus, tetapi mereka kurang fokus dan hilang kosentrasi pada perlawanan," katanya.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan itu terikat 2-2.
Terengganu kini berada di tangga keempat liga dengan 21 mata selepas 12 perlawanan.
No comments:
Post a Comment