Tuesday, April 29, 2014

Petronas Chemicals Group Wujud Kemudahan 'Reed Bed' Di 22 Anak Syarikatnya

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) memperuntukkan RM132 juta untuk mewujudkan kemudahan 'Reed Bed' di kesemua 22 anak syarikatnya yang memproses bahan kimia bagi tempoh enam tahun akan datang.

"Setiap projek rawatan biologi itu bernilai RM6 juta," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Datuk Dr Abd Hapiz Abdullah pada pelancaran kemudahan Reed Bed yang pertama di Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd (PCFK) di

Beliau berkata Reed Bed akan diwujudkan di Kerteh, Terengganu sebelum ke Kuantan, Pahang; Bintulu, Sarawak dan Labuan.

Kemudahan Reed Bed merupakan rawatan biologi yang menggunakan tumbuhan, air, tanah dan mikroorganisma serta tindak balas atmosfera untuk merawat sisa kumbahan berbahaya sebelum dilepaskan dari kawasan loji.

Reed Bed digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk untuk rawatan Ammonia dan keperluan oksigen kimia (COD).

"Bagi projek ini, PCFK menyediakan tanah seluas 0.8 hektar yang mampu merawat 260 meter padu air kumbahan setiap hari," katanya.

No comments:

Post a Comment