Thursday, April 17, 2014

Portal Kerajaan Negeri, Sembilan Jabatan Lain Perolehi Penarafan Lima Bintang

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu , Sameun Salleh menerima sijil cemerlang selepas laman web dan portal MDS turut tersenarai memperolehi penarafan lima bintang.
Laman web dan portal kerajaan negeri berjaya memperolehi penarafan lima bintang menerusi Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan (MGPWA) 2013.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan itu mengekalkan kejayaan dan mendapatkan pengiktirafan berkenaan untuk tahun keempat berturut-turut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata kejayaan penarafan lima bintang portal kerajaan negeri itu merupakan satu pengiktirafan kepada jabatan kerajaan negeri. Malah penarafan tertinggi itu turut dikongsi sembilan portal dan laman web jabatan kerajaan yang lain.


"Penarafan yang dilaksanakan Multimedia Development Corporation (MDeC) terhadap kira-kira-kira 1,583 portal seluruh Malaysia itu menyaksikan sepuluh laman web dan portal jabatan dan agensi kerajaan negeri memperolehi lima bintang,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pagi semalam.

Jabatan kerajaan lain yang memperolehi penafaran lima bintang, Majlis Daerah Hulu Terengganu (90 mata) di kedudukan ke 51 daripada 1,053 laman web dan portal; Majlis Daerah Marang (89); Majlis Daerah Setiu (89 ); Majlis Perbandaran Dungun (88 mata); Majlis Perbandaran Kemaman (87); Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (86); Pejabat Daerah dan Tanah Dungun (85) Majlis Daerah Besut (83) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu (83).

Sebanyak 41 laman web dan portal dari Terengganu dinilai oleh MDeC pada tahun lalu.

Daripada keseluruhan yang dinilai itu, selain 10 jabatan (lima bintang), satu jabatan (dua bintang), sembilan jabatan (tiga bintang) dan 21 jabatan mendapat empat bintang.

Susulan itu, beliau mengucapkan tahniah dengan kejayaan itu dan meminta supaya semua jabatan memperkasakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi menerusi talian bagi memberi manfaat kepada semua pengguna khususnya kakitangan dan orang ramai yang berurusan dengan agensi kerajaan. 

Selain itu, beliau juga mengingatkan semua pegawai dan kakitangan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam pengurusan seharian di jabatan masing-masing khususnya dalam penggunaan utiliti seperti air dan elektrik.

Katanya, langkah penjimatan itu juga perlu dalam pengubahsuaian ruang pejabat, penyediaan hadiah dan cenderahati dalam majlis kerajaan, penggunaan kain pemidang, banting, banner dan billboard.

“Saya memohon semua ketua jabatan dan ketua unit memantau perkara itu bagi memastikan tiada pembaziran serta mematuhi peraturan kewangan dan pekeliling yang ditetapkan,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment