Monday, April 14, 2014
Santuari Kelah Terengganu Jadi Tarikan Media Asing
Usaha Kerajaan Terengganu mewujudkan Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir bagi memulihara habitat dan spesies ikan ini telah membuka mata pengamal media tempatan dan luar negara mengenai kepentingan melindungi ikan yang menjadi buruan dan kegilaan kaki pancing itu.
Bahkan ada di antara mereka yang dari luar negara merancang untuk membukamata kerajaan mereka supaya menyediakan sebuah santuari sedemikian menerusi penulisan dan penerbitan berita berdasarkan pengalaman lawatan mereka ke pusat perlindungan ikan itu di Tasik Kenyir, semalam.
Seorang pengamal media Indonesia, Tika Anggreni dari Majalah "Kover Magazine Medan" berkata beliau sangat teruja apabila dapat melihat ribuan ikan kelah yang ada di sungai berkenaan dan sangat berharap agar kerajaan di negaranya turut mencontohi usaha yang dijalankan kerajaan Terengganu.
Beliau berkata:"Saya tabik kerajaan negeri ini yang sangat bagus dalam usahamemulihara alam semulajadi di Tasik Kenyir dan ini kali pertama saya dapat melihat ribuan ikan jinak yang sangat banyak...memang saya sangat teruja dan sangat suka.
Pemuliharaan dan pemeliharaan ikan kelah ini harus dipuji dan dicontohinegara lain bagi memastikan kelangsungan spesies ini dan pemeliharaan serta pemuliharaan ini bukan sahaja seharusnya dilakukan untuk spesies ikan, tetapi juga untuk haiwan lain terutamanya haiwan yang semakin diancam kepupusan."
Selain Santuari Kelah, beliau juga sangat teruja dengan keindahan semulajadi salah sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia yang masih mengekalkan pelbagai spesis flora dan fauna, katanya kepada Bernama ketika ditemui sempena lawatan media ke Tasik Kenyir semalam.
Bagi Azizah Yaacob dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula pengalamandapat mandi dan bermain dengan ribuan ikan kelah memberi satu pengalaman yang baharu buat dirinya.
"Akak (kakak) tak pernah berpeluang bermain dengan ikan kelah yang sangatjinak dan manja seperti yang terdapat di Santuari Kelah ini dan akak memang sangat seronok bila dapat memegang ikan tersebut.
Sebelum ni akak hanya dengar dari mulut orang mengenai keindahan dankeunikan Tasik Kenyir serta Santuari Kelah ni...dan bila datang ke sini memang sangat-sangat suka! Tak tahu nak gambarkan macamana perasaan ni bila dikerumuni ribuan ikan tu...memang rugilah kalau tak datang ke sini," katanya.
Ahmad Erwan Othman, 27, seorang pemberita daripada Bernama berkata inisiatifkerajaan membina satu santuari untuk kelah perlu dipuji kerana haiwan yang hampir pupus itu dapat membesar dengan semulajadi kerana habitatnya tidak diganggu dan sentiasa dijaga.
"Ikan kelah ini bukan sahaja dapat dipegang, malah saya turut berpeluang mencium ikan-ikan tersebut kerana ikan ini tersangat jinak dan mesra dengan pengunjung.
Sebelum ni, saya pernah bermain dengan kelah di tempat lain, tapi tidak menyeronokkan seperti di sini kerana di sini bilangan ikan sangat banyak dan lebih besar," katanya.
Santuari Kelah ini terletak di dalam satu kawasan sepanjang tiga kilometerdi Sungai Petang, Tasik Kenyir yang telah telah digazetkan oleh kerajaan Terengganu bagi tujuan pemuliharaan spesies ikan itu. - Bernama
Salam tuan admin..
ReplyDeleteJutaan tahniah atas usaha murni Kerajaan Negeri Terengganu kite! Usaha hari ni kelak akan dikenang generasi hadapan!!
Mohon info tambahan, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu ada terlibat sama tak dalam usaha mewujudkan Santuari Kelah di Sg Petang ni?
Sekian terima kasih.
Congratulations.
ReplyDeleteJust been there this afternoon.
Great effort!