Festival Kenyir 2014 yang berlangsung selama sebulan sehingga semalam menerima lebih 150,000 pengunjung dan akan diteruskan tahun depan susulan sambutan memberangsangkan.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Wan Mat Amin Wan Daud berkata festival julung kali itu merupakan program terbesar dalam kalendar pelancongan Terengganu.
Saya harap sasaran tahun ini iaitu kedatangan 500,000 pengunjung luar ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Fetival Kenyir 2014, di malam kelmarin.
Katanya festival anjuran kerajaan negeri dan Ketengah itu juga mencatatkan jualan lebih RM2.4 juta termasuk jualan barangan terus dari kilang.
Jualan terus dari kilang ini seiring dengan hasrat kerajaan negeri mewujudkan pulau bebas cukai di Tasik Kenyir, katanya.
No comments:
Post a Comment