Sunday, May 18, 2014

Terengganu Naik Satu Anak Tangga Ke Kedudukan Ketiga Liga Super

Pemain Kelantan, Mohamed Shawky (tengah) menjaring gol pertama dalam minit kelima separuh masa pertama ketika menentang Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Baru, malam semalam.
Terengganu naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga, susulan kemenangan 2-1 ke atas wakil Singapura, Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam semalam.

Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal penyerang Lions XII, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal pada minit kelapan sebelum menyamakan kedudukan menerusi Javier Estupinan Romero, tiga minit kemudian.

Zairo Anuar Zailani memastikan Terengganu mengumpul tiga mata penuh apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69

Selangor pula  terus melebarkan pungutan mata di persada Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby FC pada perlawanan di Stadium Shah Alam, malam semalam.

PENYERANG Johor DT, Safee Sali (kiri) diasak Zeshan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.




Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel muncul wira skuad 'Gergasi Merah' itu selepas meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-37

 Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Selangor dengan 34 mata, lima mata di hadapan pencabar terdekat, Pahang selepas 16 perlawanan.


Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan kembali berada di landasan kemenangan selepas mengalahkan Perak 2-1.

Mohamed Shawky Yazid membuka tirai jaringan untuk skuad 'The Red Warriors' seawal minit kelima selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada Brendan Gan. Mohd Khairul Izuan Rosli menggandakan jaringan Kelantan pada minit ke-77 selepas memanfaatkan hantaran daripada Mohd Fitri Omar.

Mohd Norhakim Isa mengurangkan defisit jaringan untuk skuad 'The Bos Gaurus', dua minit kemudian. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mencerahkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran selepas mengalahkan T-Team 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan pemain import dari Indonesia, Patrich Wanggai seawal minit ketiga perlawanan.

Pemain import dari Haiti, Fabrice Noel muncul wira skuad 'The Gladiators' selepas meledak dua jaringan masing-masing pada minit ke-19 dan 33.

Dalam saingan tunggal Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas sekadar terikat 1-1 dengan DRB Hicom FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu.

Braulio Nobrega Rodriguez meletakkan skuad 'Harimau Selatan' di hadapan pada minit ke-28 sebelum pemain import dari Nigeria, Ogunboye Iyanu Ezekiel menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-38.

Keputusan itu tidak mengubah kedudukan JDT II dan DRB Hicom FC yang masing-masing menghuni tangga keenam dan kelapan liga dengan pungutan 23 dan 18 mata.

No comments:

Post a Comment