Friday, June 6, 2014

19 Kontinjen IPTS Sertai Karnival Sukan Masiswa Zon Timur 2014

Sebanyak 19 kontinjen Pusat Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan menyertai Karnival Sukan Masiswa Zon Pantai Timur 2014 di Kolej Universiti Bestari, Bandar Permaisuri, Setiu, bermula 19 Jun ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) kolej tersebut, Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh berkata sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan pada karnival tiga hari itu.

Acara sukan tersebut ialah bola sepak, futsal, badminton, ping pong, bola jaring, petanque, bola tampar dan sepak takraw.

"Menerusi penganjuran karnival tahunan ini kita dapat mencungkil bakat baharu untuk kejohanan peringkat tinggi seperti temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan Sukan Universiti Asia (AUG), Ogos ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

Antara IPTS yang akan menyertai karnival tersebut ialah Institut Teknologi Petroleum Petronas, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

No comments:

Post a Comment