Sunday, June 1, 2014

BNM Keluar Duit Syiling Peringatan 40 Tahun Hubungan Malaysia-China

Sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China, Sabtu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan yang akan mula dijual kepada orang ramai pada 27 Jun ini

Ia merangkumi duit syiling peringatan pruf emas dan pruf perak berwarna, serta emas nordic, demikian menurut kenyataan BNM, semalam.

Nilai muka duit syiling emas itu ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping dengan 500 keping sahaja ditempa.

Nilai muka duit syiling perak berwarna pula ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping ditempa.

Dalam pada itu, 25,000 keping duit syiling emas nordic ditempa dengan nilai muka RM1 dan harga jualan RM10 sekeping, menurut kenyataan itu

 Duit syiling peringatan itu boleh didapati dalam 'Set 3 dalam 1' dan 'Set 2 dalam 1', yang masing-masing dijual pada harga RM2,100 dan RM250.

Duit syiling tersebut akan dijual di Muzium dan Galeri Seni BNM dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

No comments:

Post a Comment