Oleh Hambali Abdul Latiff
Banyak ragam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-11 yang
akan berlangsung seminggu dari sekarang.
Satu daripadanya, tidak dapat dipastikan kenapa gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dilarang di Sarawak.
Bagaimana Najib yang digelar ‘Apai Besar’ di Sarawak
(juga untuk Malaysia), gambarnya tidak dibenarkan dipaparkan bagi kempen
pilihan raya negeri ke 11 yang sedang berlangsung.
Pemimpin politik lain kita tidak peduli kerana mereka
bukan ‘Apai Besar’.
Siapa sebenarnya Najib? Bukankah dia PERDANA MENTERI,
Pengerusi BARISAN NASIONAL, Presiden UMNO serta ketua eksekutif kerajaan
Malaysia?
Menurut satu laporan memetik Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, gambar Najib tidak
dibenarkan MUNGKIN, saya ulangi MUNGKIN bagi mengelakkan ‘fitnah’.
Baca kenyataan beliau:
“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau
tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan
gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau
fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya.
“Jangan menghina
orang lain. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu dan memutuskan untuk
meletakkan papan iklan negatif sebagai contoh, kita tidak akan membenarkan.
“Itu hanya mengambil kesempatan untuk memfitnah
seseorang,” ujarnya.
Berikutan itu, Mohd Hashim berkata, hanya gambar-gambar
calon dan manifesto parti sahaja yang boleh diletakkan sehingga hari membuang
undi pada 7 Mei nanti.
Laporan portal berita dalam talian menyebut: “...menerusi
peraturan tersebut ia bermakna gambar-gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak atau mana-mana pemimpin politik Semenanjung yang lain tidak boleh
digunakan dalam tempoh dua minggu berkempen.”
Yang nyata Najib sudah berkempen di segenap ceruk untuk
menjamin BN menang selesa.
Apa yang difahami melalui ‘Tataetika Pilihanraya’ dari
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA, JUN 2012 menyebut:
7.6 Hanya bendera, poster dan kain rentang serta bahan bercetak seperti risalah dibenarkan. Penggunaan billboard untuk pameran bahan kempen tidak dibenarkan. Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:
(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang.
Adakah ada ‘Tataetika Pilihanraya’ yang baru digunakan oleh Pengerusi SPR yang baru?
Maaf yang Datuk Seri Mohd Hashim jika saya tersilap. Ini
soalan, bukan tuduhan. Jangan pula saya disaman kerana pertanyaan ini.
Pertanyaan juga ialah apakah larangan ini akan berterusan
atau ikut keadaan semasa, apabila
Pilihanraya Umum ke-14 nanti?
Apakah poster Najib hanya akan tergantung di Pekan
sahaja, bagi mengelakkan ‘fitnah’?
No comments:
Post a Comment