Daripada Abe Awang Malaya
Selepas PRU 13 yang lepas, DUN Terengganu diwakjili oleh
17 ADUN BN (UMNO) dan 15 ADUN PR (PAS 14 PKR 1). Dari 17 kerusi UMNO itu, 3
daripadanya telah dihadiahkan oleh tuan kepada BN sejak hari penamaan calon
lagi.
Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, telah diputuskan dan
dipersetujui bahawa DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera akan
ditandingi oleh calon PKR, disamping beberapa kawasan lain termasuk DUN Bandar.
Tuan adalah presiden PAS. Tuan orang alim. Mustahil tuan
tidak tahu kewajipan untuk patuh kepada keputusan mesyuarat, yang telah
dipersetujui, bahkan mesyuarat itu dihadiri oleh tuan sendiri atau wakil yang
direstui oleh tuan sendiri dari kalangan pemimpin kanan PAS. Mana mungkin tuan
tidak tahu peraturan dan undang-undang berorganisasi, dan mana mungkin tuan
tidak tahu hukum bagi orang yang berbuat khianat, mungkir janji dan bercakap
bohong.
Agama Islam yang suci ini nescaya tidak membenarkan pembelotan dan mengkhianati amanah seperti itu, atas apa alasan sekali pun.
Agama Islam yang suci ini nescaya tidak membenarkan pembelotan dan mengkhianati amanah seperti itu, atas apa alasan sekali pun.
Pada hari penamaan calon, tuan sebagai Presiden dan
Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong PAS, telah tanda tangan watikah yang
mengizinkan beberapa orang calon PAS bertanding di kawasan-kawasan yang telah
dipersetujui akan ditandingi oleh calon PKR dalam mesyuarat Pakatan, termasuk
di 3 kawasan dalam negeri Terengganu yang disebutkan tadi.
Di antara DUN lain yang PAS tindan calon PKR dan terpaksa
berlawan sesama sendiri termasuk DUN Kota Damansara di Selangor dan DUN Sungai
Acheh di Pulau Pinang.
Tuan telah mungkir janji. Tuan telah langgar keputusan
mesyuarat. Tuan telah khianat. Tuan sendiri tahu akibat dari meletakkan calon PAS
di kawasan yang ditandingi oleh PKR, sudah tentu UMNO akan menang. Tuan tahu
itu. Untuk menghalalkan pengkhianatan yang tuan lakukan, maka tuan terpaksa
pula berbohong dan membuat fitnah kononnya PAS terpaksa letak calon kerana tuan
mendapat maklumat kononnya calon PKR adalah pengedar dadah (pil kuda) dan ada
yang berfahaman komunis. Akhirnya tuan tandatangan watikah pencalonan itu, yang
sama seperti memberi tiket kemenangan kepada UMNO.
Kenapa tuan buat itu? Sebenarnya apa tujuan tuan berbuat
begitu? Untuk apa? Tidak ada orang yang boleh fikir, apa sebenarnya yang tuan
mahukan? Kenapa tuan tergamak mengkhianati pemimpin PKR dan DAP bahkan
sebahagian pemimpin PAS sendiri? Dan tuan telah khianat kepada seluruh
penyokong Pakatan Rakyat, semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pembodek
dan pengampu yang berada di sekeliling tuan, termasuk menantu tuan sendiri!!
Di Terengganu, tuan bagi percuma kepada UMNO 3 kerusi,
dan akhirnya UMNO berjaya mempertahankan pemerintahannya dengan kelebihan 2
kerusi sahaja. Kebetulan jenis apakah ini, wahai tuan guru Dato’ Seri Presiden?
Dalam keadaan UMNO masih terhoyong-hayang untuk
menegakkan pemerintahannya, dengan takdir Allah, seorang wakil rakyat UMNO
meninggal dunia. Maka diadakan pilihan raya kecil di DUN Kuala Besut.
PRK Kuala Besut sangat besar akibatnya, kepada PAS dan UMNO.
Itu bukan sekadar cerita orang Kuala Besut akan pilih wakil rakyat baru, itu
bukan cerita sah atau tidak solat berimamkan orang UMNO, tapi pilihan raya
kecil itu menentukan parti yang akan perintah negeri.
Kalau PAS menang di Kuala Besut, kedudukan akan jadi
16-16.... Kuala Besut bukan kawasan kebal BN. PAS pernah menang di situ dalam
PRU 1999 dulu. Orang Kuala Besut bukannya totok UMNO sangat. Kes mata lebam
Anwar pun mereka boleh beri kemenangan kepada PAS tahun 1999. Ketika demam
pilihan raya umum belum pulih lagi, sepatutnya PAS mampu untuk memenangi PRK Kuala
Besut itu.
Tetapi apa yang berlaku, sepanjang dua minggu tempoh
kempen itu, tidak ternampak sedikit pun tanda-tanda yang PAS bersungguh-sungguh
nak rampas kerusi DUN Kuala Besut, apatah lagi nak fikir untuk mengambil-alih
pemerintahan negeri.
Hasilnya, UMNO menang dengan majoriti yang bertambah dari
pilihan raya umum lalu. Nampak tuan dan beberapa orang ustaz PAS yang semazhab
dengan tuan seperti berpuas-hati dengan kekalahan itu.
Maka memerintahlah akan negeri Terengganu oleh Barisan
Nasonal dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Nampak di atas kertas, kedudukan
kerajaan BN amat genting dan dalam bahaya. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam
dewan tidak sama dengan apa yang tertulis di kertas.
Kedudukannya 17:15, tetapi dalam dewan, kedudukannya 17 ADUN
UMNO, 13 ADUN bebas pro UMNO, 1 orang ADUN PAS (Syed Azman) dan 1 orang ADUN
PKR (Azan Ismail). Seolah-olahnya begitu. Seolah-olahnya BN mempunyai 30 orang ADUN,
hanya 2 orang pembangkang sahaja. Salah seorang dari 13 PAS yang tidak menjadi
pembangkang itu ialah tuan sendiri.
Ketika kedudukan 17:15, berlaku krisis Menteri Besar Terengganu. Ahmad Said diminta letak jawatan, oleh presiden UMNO. Pelantikan dan pemecatan seorang Menteri Besar ditentukan oleh presiden parti, tidak pasti samada tuan sedia maklum atau tidak tentang hal ini. Kalau dilihat pada respon dan reaksi tuan dalam kes Menteri Besar Selangor, saya sangat ragu adakah tuan faham akan perkara ini. Nampak pada caranya, macam tuan tak faham.
Ketika kedudukan 17:15, berlaku krisis Menteri Besar Terengganu. Ahmad Said diminta letak jawatan, oleh presiden UMNO. Pelantikan dan pemecatan seorang Menteri Besar ditentukan oleh presiden parti, tidak pasti samada tuan sedia maklum atau tidak tentang hal ini. Kalau dilihat pada respon dan reaksi tuan dalam kes Menteri Besar Selangor, saya sangat ragu adakah tuan faham akan perkara ini. Nampak pada caranya, macam tuan tak faham.
Bila Mat Said letak jawatan, PAS buat-buat tak tahu. Tuan
pula memang macam biasa lah, buat-buat tak gaduh, seolah-olah perkara itu tidak
penting. Mungkin tuan dan orang-orang PAS beranggapan bahawa itu masalah
dalaman UMNO. Tidak perlu masuk campur kerana ia tiada kaitan dengan PAS. Jadi,
bagi PAS pada waktu itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Padahal, peristiwa Ahmad Said dipecat itu sangat besar
maknanya kepada politik Terengganu. Ada orang duk cerita atas wakaf, dia kata
Mad Said ajak PAS berpakat untuk jatuhkan kerajaan BN di Terengganu, tapi pihak
PAS menolaknya.
Akhirnya, Ahmad Said, ADUN Bukit Besi dan ADUN Paka mengumumkan keluar dari UMNO!!! UMNO memerintah dengan kelebihan 2 kerusi, tapi sekarang 3 orang bukan wakil rakyat UMNO lagi. Maka kedudukan sekarang telah menjadi PR 15 BN 14 Bebas 3.
Mana-mana parti pun dalam dunia ini, apabila berlaku
keadaan begitu, ketua parti akan segera menghadap sultan untuk memaklumkan
bahawa Barisan Nasional telah hilang majoriti dalam dewan undangan negeri, dan
memohon perkenan sultan bagi PAS membentuk kerajaan dan mengakat sumpah sebagai
Menteri Besar.
Saya tidak pasti siapa yang patut pergi menghadap sultan, sama ada tuan sebagai presiden PAS, atau Satiful Bahri sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu. Yang pastinya, dua-dua tak pergi. Saya percaya tuan sendiri tidak pernah fikir sekiranya PAS memerintah Terengganu, siapa yang akan jadi Menteri Besar. Perkara itu tidak ada dalam kepala tuan. Kerana tuan tidak pernah bercita-cita mahu jadi pemerintah. Tuan berpolitik hanya untuk menjadi pembangkang sahaja.
Maka kekallah UMNO memerintah Terengganu dengan hanya
perlu berhadapan dengan 2 orang pembangkang dalam DUN, iaitu Batu Burok dan
Bandar sahaja. Mad Said dan 2 ADUN lain yang keluar UMNO, pun dah masuk UMNO
balik.
Ketika air mata Ahmad Said masih belum kering, tiba-tiba
berlaku krisis Menteri Besar Selangor. Di sinilah nampak jelas akan sikap tuan
yang sebenar. Krisis MB Selangor telah menyingkap segala pekung, panau dan
kurap yang bertempek di badan tuan, yang selama ini diselimuti jubah dan
diselubung dengan serban.
Tuan orang Terengganu. Tuan ialah Ahli Parlimen Marang.
Tuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Tuan ialah Presiden PAS.
Bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Terengganu, tuan hanya
menjadi batu yang keras dan kaku, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi
bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Selangor, negeri yang
diperintah oleh PKR, tiba-tiba presiden PAS meloncat-loncat macam ulat beluncas
mahukan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan. Padahal, Khalid Ibrahim ialah ADUN
PKR.
Pasal apa yang jadi sampai macam tu, tuan? Ada
‘permainan’ apa yang tuan nak sorokkan, sebenarnya? Permainan apa pula yang
tuan nak tunjukkan?
Ok lah, nanti saya sambung.
(15 Mei 2015)
No comments:
Post a Comment