Gambar hiasan. |
Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan memulakan lawatan kerjanya ke Terengganu dengan meninjau
Bazar Ramadan Batu Enam dan menemui peniaga di situ, kira-kira jam 5.15 petang
ini.
Beliau kemudian akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama
rakyat sempena lawatan seharinya nya ke negeri ini hari ini.
Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba
di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, pada jam 4.00 petang ini.
Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira
6.15 petang, beliau dijadual ke Masjid As-Salam Batu Rakit untuk menyertai
majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat setempat di kawasan itu.
Majlis itu dimulai dengan bacaan al-Quran, diikuti ucapan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd
Rahman dan juga Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Sejurus Perdana Menteri menyampaikan ucapan, majlis diteruskan
pula dengan penyampaian Dana Hari Raya kepada semua Ketua UMNO Bahagian dan
sumbangan hari raya kepada anak yatim.
Sebaik sahaja acara tahlil, doa dan berbuka puasa, beliau
akan menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan.
Najib dijadual akan mengakhiri lawatan dengan menunaikan
solat Isyak, solat sunat Tarawih serta menyertai moreh, di Masjid Al-Mutaqim,
Gemuruh, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment