Sikap terbuka Menteri Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul
Rahman wajar dipuji kerana bersedia berdepan dengan sekumpulan mereka ayng
mendakwa mewakili rakyat Terengganu semalam.
Malah kesedian beliau untuk bertemu dan mendegar 'suara rakyat' selama 45 minit untuk
menerima ’10 Tuntutan Rakyat’ itu menunjukkan beliau bersifat
terbuka.
Apa yang diharapkan Menteri Besar akan membuat tindakan susulan sebagai reaksi kepada pertemuan itu.
Tuntutan itu adalah lanjutan daripada surat terbuka yang
ditulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, kepada Perdana
Menteri sebelum ini yang menerima respons secara meluas oleh rakyat negeri ini
termasuk yang berada di luar negara.
Ahmad Razif turut berjanji untuk membawa tuntutan itu kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohs Najib Razak bagi dipertimbangkang.
Menurut laporan Sinar Harian hari ini (28 September
2016), lima wakil termasuk tiga dari badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan
surat rasmi kepada Menteri Besar Terengganu dalam satu pertemuan di pejabat
Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu itu.
Pertemuan selama 45 minit bermula jam 2.15 petang itu
antara lain mengemukakan surat rasmi mengandungi 10 tuntutan rakyat Terengganu
untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata,
pertemuan itu adalah mewakili suara hati dan kehendak rakyat Terengganu dan
tidak mewakili mana-mana parti.
“Alhamdulillah, pertemuan berjalan lancar dan beliau
(Ahmad Razif Abd Rahman) menerima penyerahan surat rasmi daripada kita dan
beliau akan membawanya ke peringkat pusat,” katanya ketika ditemui pemberita di
Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, semalam.
Menurutnya, surat yang dikemukakan itu adalah lanjutan
daripada surat terbuka yang ditulis beliau kepada Perdana Menteri sebelum ini
yang menerima respons secara meluas oleh rakyat negeri ini termasuk yang berada
di luar negara.
“Antara kandungan surat rasmi itu ialah memohon dan
mendesak supaya kerajaan negeri menerima 10 tuntutan kami untuk dibawa kepada
kerajaan pusat dengan segera, terutama dalam mengembalikan royalti minyak
kepada kerajaan Terengganu dan status telaga minyak di Pulau Bertam.
Syed Azman (tiga, kanan) bersama Raja Kamarul Bahrin Shah (empat, kanan) memegang surat rasmi yang diserahkan kepada Menteri Besarsemalam. |
“Selain itu, kita juga telah melancarkan petisyen atau
rayuan secara dalam talian (online) berhubung perkara ini dan sambutan diterima
amat baik walaupun belum sampai 24 jam tempoh petisyen itu dibuat. Respons
diterima akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau sendiri akan berusaha bertemu
Perdana Menteri, termasuk Presiden Petronas untuk menyatakan sendiri perkara
yang terkandung di dalam surat rasmi itu.
“Setakat ini, kita masih belum terima sebarang jawapan
bagi permohonan untuk mengadakan pertemuan yang dicadangkan itu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja
Kamarul Bahrin Shah berkata, pertemuan mewakili rakyat Terengganu dan NGO itu
dibuat kerana pihaknya terpanggil untuk membuat desakan memandangkan sumber
minyak yang dilihat semakin kehabisan.
“Minyak adalah sumber asli yang sukar untuk dipulihkan
kembali. Ia memakan masa beribu atau beratus tahun untuk dihasilkan. Terengganu
dah 40 tahun keluarkan minyak dan sumber minyak yang ada hanya tinggal untuk
lebih kurang 15 tahun sahaja lagi.
“Jadi, sekarang kita sebenarnya dah di penghujung dan
kesuntukan masa untuk buat desakan bagi mengembalikan semula royalti minyak
Terengganu.
“Dulu kita ada lima peratus royalti tetapi kita lepaskan
dengan permintaan pihak pemerintah, sekarang, sepatutnya kerajaan minta kembali
lima peratus sebagaimana Sarawak yang dah sedia ada lima peratus minta ditambah
lagi 50 peratus,” katanya.
Raja Bahrin menegaskan, sekiranya kerajaan negeri tidak memainkan
peranan menuntut kembali hak rakyat negeri ini, pihaknya bersama NGO akan terus
memperjuangkan tuntutan itu.
“Sekiranya kerajaan tak mainkan peranan dalam
mengemukakan tuntutan itu, kita di pihak NGO akan mainkan peranan untuk
kembalikan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu,” katanya.
Antara kandungan surat rasmi itu ialah 10 tuntutan rakyat
Terengganu iaitu mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu,
melantik anak tempatan sebagai ahli lembaga pengarah Petronas, menyediakan
sekurang-kurangnya 100 tempat untuk anak Terengganu melanjutkan pengajian di
Universiti Teknologi Petronas.
Selain itu, antara tuntutan lain ialah Petronas perlu
komited menyokong sebarang pembangunan industri Petrokimia, Petronas perlu
mempertimbangkan sekiranya kerajaan Terengganu berminat terlibat dalam Kontrak
Perkongsian Pengeluaran (PSC), mengembalikan wang royalti Terengganu berjumlah RM1.5
bilion yang telah digunakan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan beberapa
projek di negeri lain.
Tuntutan juga membabitkan penggembalian hak Telaga Minyak
Bertam Blok 307 kepada kerajaan Terengganu.
No comments:
Post a Comment