Thursday, June 30, 2016

Faktor Mahu Nampak Bergaya, Terengganu Kini ‘Syurga’ Kereta ‘Klon’

Abdul Rahman memeriksa nombor enjin salah sebuah kereta klon, Februari lalu.
Terengganu kini dilihat sebagai syurga bagi sindiket menjual kereta Singapura dengan dokumentasi pendaftaran palsu.

Ia kini berada di tangga kedua, selepas Johor, iaitu negeri yang berjiran dengan Singapura yang menjadi ‘lubuk kereta klon’ untuk pasaran Malaysia.

Selain daripada permintaan bagi kenderaan mewah, lokasi geografi Terengganu yang terletak jauh dari bandar-bandar utama di mana ‘pengklonan’ kereta dibuat, menjadi faktor penarik bagi pihak sindiket terbabit.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata statistik dari JPJ negeri dan Jabatan Kastam Diraja menunjukkan bahawa 361 kenderaan ‘klon’ telah dirampas di Terengganu, semuanya didaftarkan di Singapura sejak 2014.

Antara Januari dan Jun tahun ini, 79 buah kenderaan klon kenderaan telah disita, bermakna 13 kenderaan disita setiap bulan.


Faktor keetaksuban ingin nampak bergaya dengan memakai kenderaan mewah dan import, sesetengah orang ramai sanggup ‘mati katak’ apabila memilih membeli kereta klon kerana harga yang ditawarkan serendah RM10,000 sahaja.

“Sebagai contoh, kereta Honda Odyssey yang harga pasuala aran hari ini melebihi RM100,000, bagaimanapun sindiket kereta klon mengambil kesempatan menjualnya dengan harga RM10,000 hingga RM12,000 seunit.

“Manakala Honda Jazz yang dijual di pasaran dengan harga RM130,000 boleh dibeli pada harga serendah RM60,000 sahaja seunit.

“Tawaran yang cukup menarik ini telah menyebabkan orang ramai termasuk golongan profesional mudah terpedaya apatah lagi sindiket ini pandai memainkan peranan dengan melakukan promosi yang agresif,” katany.

Pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ, di Kuala Terengganu pada  29 Feb lalu, beliau berkata, selain membuat panggilan kepada golongan sasaran, ahli sindiket juga dikesan turut giat mempromosikan kenderaan klon tersebut di laman sosial termasuk Facebook dan sebagainya.

“Malah, mereka juga ada menggunakan nama JPJ untuk mempengaruhi dan meyakinkan orang ramai dengan mendakwa boleh memperbaharui cukai jalan tanpa sebarang masalah,” katan

Kebanyakan mangsa yang membeli kereta klon tahu status kereta berkenaan, tetapi disebabkan keghairahan  memakai kenderaan import dan mewah yang dibeli dengan murah menyebabkan mereka berani mengambil risiko.

Dalam 2014 sehingga Februari lalu, sebanyak 254 kenderaan pelbagai model disita termasuk Mini Cooper, Subaru Impreza, Honda Integra, Stream, Jazz, Civic, Odyssey dan Toyota Wish.

“Berdasarkan pemerhatian kami, Honda Jazz, Odyssey, Civic dan Toyota Wish antara kereta klon yang paling digemari, manakala Subaru Impreza merupakan kenderaan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Sejak 2014 sehingga Februari lalu, sebanyak 22 kes sudah dibawa ke mahkamah dan selesai dengan orang kena saman dikenakan hukuman denda serta khidmat sosial.

“Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, kita sudah selesaikan dua kes dan dibawa ke mahkamah dengan pertuduhan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana OKS dikenakan denda RM12,000,” katanya.

Sementara itu,  Abdul Rahman menjelaskan modus operandi yang digunakan adalah mudah kerana Singapura mempunyai Sijil Kelayakan (COE), yang sah selama 10 tahun.

“Ia membolehkan pemilik untuk memiliki sebuah kereta selama 10 tahun, dan selepas itu mereka perlu membatalkan atau mengeksport kereta mereka dengan insentif kewangan atau membida COE lain pada kadar semasa jika mereka ingin terus menggunakan kereta mereka untuk tempoh lima atau 10 tahun lagi.

“Jadi, apa yang berlaku ialah apabila COE hampir tamat tempoh, kenderaan yang diseludup masuk ke Malaysia.

“Sindiket itu akan mencari model yang sama, jenis dan warna kenderaan yang diseludup dan kemudian mengklon identiti dan dokumentasi sebelum dijual kepada pembeli yang berminat. “jelasnya.

Beliau berkata sindiket mempunyai hubungan secara langsung dengan bakal pembeli mereka selain daripada iklan kenderaan rendah dari talian, dengan urus niaga dilakukan melalui jualan tunai selepas mencapai persetujuan dan perjanjian dengan pembeli.


Jabatan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata bahawa jabatan itu telah merampas 34 kenderaan dengan cukai tidak dibayar kira-kira RM1.7 juta (S $ 560,000) sejak awal tahun ini, yang meletakkan Terengganu kedua tertinggi dalam senarai jabatan itu, selepas Johor.

Sumber - Buletin Online & Sinar Harian

Wednesday, June 29, 2016

PM Berbuka Puasa Bersama Rakyat Terengganu Petang Ini

Gambar hiasan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan  memulakan lawatan kerjanya ke Terengganu dengan meninjau Bazar Ramadan Batu Enam dan menemui peniaga di situ, kira-kira jam 5.15 petang ini.

Beliau kemudian  akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat sempena lawatan seharinya nya ke negeri ini hari ini.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, pada jam 4.00 petang ini.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira 6.15 petang, beliau dijadual ke Masjid As-Salam Batu Rakit untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat setempat di kawasan itu.

Majlis itu dimulai dengan bacaan al-Quran, diikuti  ucapan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Sejurus Perdana Menteri menyampaikan ucapan, majlis diteruskan pula dengan penyampaian Dana Hari Raya kepada semua Ketua UMNO Bahagian dan sumbangan hari raya kepada anak yatim.

Sebaik sahaja acara tahlil, doa dan berbuka puasa, beliau akan menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan.

Najib dijadual akan mengakhiri lawatan dengan menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih serta menyertai moreh, di Masjid Al-Mutaqim, Gemuruh,  sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.