Saingan separuh akhir pertama di Shah Alam |
T-Team pada perlawanan sebelum musim 2015-2016 hanya
disaksikan kira-kira 200 hingga 300 orang sahaja.
Malah pasukan yang dianggap bergelar ‘feeder’ ini kini membuktikan ia mampu membuat kejutan dan bukan lagi pasukan belasahan, termasuk
oleh pasukan negeri – Skuad Penyu – yang mendapat peruntukan lebih besar.
Kebangkitan T-Team
dilihat mulai musim 2014-2015 melalui sistem kejurulatihan dan disiplin
pemainnya yang mantap.
Walaupun dilakukan pertukaran jurulatih dan beberapa
pemain, namun pengurusan T-Team tetap mengekalkan budaya pentadbiran dan
permainan yang membangakan sejak musim lalu.
Menang suku akhir dengan Felda 17 September lalu. |
Kini T-Team akan turun padang malam ini dengan megahnya
untuk bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir kedua bagi menjamin untuk
layak ke perlawanan akhir.
Kejayaan ke suku akhir dan separuh akhir sebenarnya sudah
pencapaian memberangsangkan bagi pasukan yang tidak diberikan harapan langsung. Malah ia sering dilihat sebagai 'pasukan anak tirit'.
Sebelum ini ada suara mahu membubarkan pasukan ini untuk
diberikan perhatian kepada hanya satu pasukan – Sang Penyu.
Namun ternyata ramalan dan cakap-cakap itu silap apabila
tanpa diduga, T-Team lebih baik daripada Sang Penyu, bukan sahaja dalam Piala
Malaysia 2016 tetapi juga Liga Malaysia 2015/2106.
Malah, dijangkakan untuk kali pertamanya penonton dan
penyokong T-Team akan memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam ini untuk memberikan sokongan agar ia layak ke akhir.
Apa tidaknya, berbekal dengan kelebihan gol di tempat lawan dengan kekalahan 2-1, Teregganu perlu menang 1-0 sudah memadai.
Tewas 2-1 tetapi ada kelebihan gol di tempat lawan. |
Dengan adanya berita bahawa sehari sebelum saingan kedua
separuh akhir Piala Malaysia berlangsung melibatkan T-Team dan Selangor di
Kuala Terengganu, timbul isu penjualan tiket yang menjadi topik perbualan
hangat dalam kalangan peminat, membuktikan betapa sambutan penduduk negeri ini
kepada pasukan T-Team kini semakin nyata.
Penyokong resah apabila dikatakan tiket sudah mula dijual
sejak semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, ini berikutan isu penjualan tiket separuh akhir kedua Piala
Malaysia itu sudah tersebar di laman sosial apabila ada individu tidak
bertanggungjawab memuat naik status di akaun Facebok.
Mereka menawarkan
tiket perlawanan terbabit dengan harga RM15 berbanding RM10 sekeping untuk
tempat duduk terbuka.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat membuat
penafian bahawa bahawa tiket aksi separuh akhir Piala Malaysia itu sudah dijual.
Beliau turut terkejut dengan penyebaran penjualan
tiket tersebut sedangkan pihak pengurusan T-Team akan membuka kaunter
tiket pagi ini.
Yang nyata 10,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan
malam ini dijangka habis dijual dan Rozi mengakui penjualan tiket perlawanan
itu nanti berkemungkinan tidak akan mencukupi.
Ini kerana kapasiti SSINS hanya boleh memuatkan 10,000
hingga 12,000 penyokong sahaja.
Tiket perlawanan berharga
RM10 untuk tempat duduk terbuka, RM20 berbumbung dan RM5 bagi kanak-kanak di dan
boleh didapati di aunter tiket SSINS pagi ini.
Rozi akui sememangnya terdapat tempahan awal bagi
mendapatkan tiket dibuat menerusi kelab penyokong. Namun penyerahannya tetap
akan dilakukan hari ini.
Beliau difahamkan
sebanyak 10,000 keping tiket sahaja diperuntukkan untuk perlawanan ini.
Untuk membolehkan peminat dan penyokong yang tidak dapat
memasuki stadium pengurusan menyediakan kemudahan skrin layar di perkarangan
stadium untuk mereka..
“Kita tidak bercadang untuk menggunakan Stadium Sultan
Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak memandangkan SSINS adalah
gelanggang tuan rumah T-Team dan pemain juga sudah serasi dengan keadaan padang
di gelanggang sendiri.
Yang diharapkan di mana juga penimat dan penyokong T-Team
berada, mereka akan menyokong pasukan mereka, biarpun tidak di dalam atau
sekitar stadium.
Bangkitkan semangat ‘Teganu Hanelan’ dan dengan menyokong
T-Team, ia memulihkan kembali maruah bolasepak Terengganu yang gagal
dilaksanakan oleh Sang Penyu walaupun mendapat perhatian khusus sesetengah
pihak dalam pentadbiran kerajaan Terengganu.
Buktikan ‘anak tiri’ juga boleh menyumbang dan menaikkan
mutu dan maruah bolasepak Terengganu selepas malap beberapa tahun ke belakangan
ini.