Saturday, October 15, 2016

Piala Malaysia 2016 - T-Team 'Hanelang' Mampu Pulihkan Maruah Bolasepak Terengganu

Saingan separuh akhir pertama di Shah Alam
T-Team pada perlawanan sebelum musim 2015-2016 hanya disaksikan kira-kira 200 hingga 300 orang sahaja.

Malah pasukan yang dianggap bergelar ‘feeder’ ini kini membuktikan ia mampu membuat kejutan dan bukan lagi pasukan belasahan, termasuk oleh pasukan negeri – Skuad Penyu – yang mendapat peruntukan lebih besar.

Kebangkitan  T-Team dilihat mulai musim 2014-2015 melalui sistem kejurulatihan dan disiplin pemainnya yang mantap.

Walaupun dilakukan pertukaran jurulatih dan beberapa pemain, namun pengurusan T-Team tetap mengekalkan budaya pentadbiran dan permainan yang membangakan sejak musim lalu.

Menang suku akhir dengan Felda 17 September lalu.
Kini T-Team akan turun padang malam ini dengan megahnya untuk bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir kedua bagi menjamin untuk layak ke perlawanan akhir.

Kejayaan ke suku akhir dan separuh akhir sebenarnya sudah pencapaian memberangsangkan bagi pasukan yang tidak diberikan harapan langsung. Malah ia sering dilihat sebagai 'pasukan anak tirit'.

Sebelum ini ada suara mahu membubarkan pasukan ini untuk diberikan perhatian kepada hanya satu pasukan – Sang Penyu.

Namun ternyata ramalan dan cakap-cakap itu silap apabila tanpa diduga, T-Team lebih baik daripada Sang Penyu, bukan sahaja dalam Piala Malaysia 2016 tetapi juga Liga Malaysia 2015/2106.

Malah, dijangkakan untuk kali pertamanya penonton dan penyokong T-Team akan memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam ini untuk memberikan sokongan agar ia layak ke akhir.

Apa tidaknya, berbekal dengan kelebihan gol di tempat lawan dengan kekalahan 2-1, Teregganu perlu menang 1-0 sudah memadai.

Tewas 2-1 tetapi ada kelebihan gol di tempat lawan.
Dengan adanya berita bahawa sehari sebelum saingan kedua separuh akhir Piala Malaysia berlangsung melibatkan T-Team dan Selangor di Kuala Terengganu, timbul isu penjualan tiket yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat,  membuktikan betapa sambutan penduduk negeri ini kepada pasukan T-Team kini semakin nyata.

Penyokong resah apabila dikatakan tiket sudah mula dijual sejak semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, ini berikutan  isu penjualan tiket separuh akhir kedua Piala Malaysia  itu sudah tersebar di laman sosial apabila ada individu tidak bertanggungjawab memuat naik status di akaun Facebok.

Mereka  menawarkan tiket perlawanan terbabit dengan harga RM15 berbanding RM10 sekeping untuk tempat duduk terbuka.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat membuat penafian bahawa bahawa tiket aksi separuh akhir Piala Malaysia itu sudah dijual.


Beliau turut terkejut dengan  penyebaran penjualan tiket tersebut  sedangkan pihak pengurusan T-Team akan membuka kaunter tiket pagi ini.

Yang nyata 10,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan malam ini dijangka habis dijual dan Rozi mengakui penjualan tiket perlawanan itu nanti berkemungkinan tidak akan mencukupi.

Ini kerana  kapasiti SSINS hanya boleh memuatkan 10,000 hingga 12,000 penyokong sahaja.

Tiket  perlawanan berharga RM10 untuk tempat duduk terbuka, RM20 berbumbung dan RM5 bagi kanak-kanak di dan boleh didapati di aunter tiket SSINS pagi ini.

Rozi akui sememangnya terdapat tempahan awal bagi mendapatkan tiket dibuat menerusi kelab penyokong. Namun penyerahannya tetap akan dilakukan hari ini.

Beliau  difahamkan sebanyak 10,000 keping tiket sahaja diperuntukkan untuk perlawanan ini.

Untuk membolehkan peminat dan penyokong yang tidak dapat memasuki stadium pengurusan menyediakan kemudahan skrin layar di perkarangan stadium untuk mereka..


“Kita tidak bercadang untuk menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak memandangkan  SSINS adalah gelanggang tuan rumah T-Team dan pemain juga sudah serasi dengan keadaan padang di gelanggang sendiri.

Yang diharapkan di mana juga penimat dan penyokong T-Team berada, mereka akan menyokong pasukan mereka, biarpun tidak di dalam atau sekitar stadium.

Bangkitkan semangat ‘Teganu Hanelan’ dan dengan menyokong T-Team, ia memulihkan kembali maruah bolasepak Terengganu yang gagal dilaksanakan oleh Sang Penyu walaupun mendapat perhatian khusus sesetengah pihak dalam pentadbiran kerajaan Terengganu.

Buktikan ‘anak tiri’ juga boleh menyumbang dan menaikkan mutu dan maruah bolasepak Terengganu selepas malap beberapa tahun ke belakangan ini.

1 comment:

  1. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Aris. Saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial, dan putus asa, saya telah penipuan oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 Juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dengan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan untuk dikirim langsung ke rekening saya tanpa penundaan. Karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah dia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan kehilangan Sety saya diperkenalkan dan diberitahu tentang Ibu Cynthia Dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekening bulanan.

    ReplyDelete