Pasti ada yang kesipuan. tertanya-tanya atau mencemik bibir apabila membaca atau mendengar hasrat atau nafsu besar AMANAH yang kononnya boleh menawan Kelantan dan Terenganu.
Ia berikutan kenyataan Presiden AMANAH Mohamad Sabu bahawa AMANAH berkeyakinan tinggi memiliki peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang
merupakan kubu kuat PAS pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Namun inilah sebenarnya keyakinan ditunjukkan oleh AMANAH dan keupayaannya menggerakkan jentera parti dibuktikan melalui kejayaan penganjuran konvensyennya sendiri semalam.
Mohamad memberitahu perwakilan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan
apabila mereka menukar undi, ia dilakukan secara beramai-ramai.
"Kalau AMANAH tak
bertanding, biar UMNO lawan parti
lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila AMANAH bertanding,
maka AMANAH la pilihan rakyat.
"Tambah pula Datuk Husam
(Musa) dok rodak tiap-tiap malam out you go la mereka yang gelar kita
dengan berbagai (nama)," kata Mohamad kepada perwakilan di konvensyen AMANAH
kebangsaan pertama di Shah Alam semalam.
Mohamad, yang lebih dikenali
sebagai Mat Sabu, berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana
parti itu terlalu rapat dengan BN.
"Maka Terengganu la paling
subur untuk AMANAH," katanya.
Mohamad juga berkata
bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat
mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu Mohamad dalam
ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan
dirinya sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya.
"Kingmaker ni target dia
menang 20 kerusi.
"Kalau mereka bersama
dengan Pakatan Harapan, HARAPAN yang memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah.
Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.
"Saya bukan Donald Trump
nak sebut perkataan begitu," katanya merujuk presiden Amerika Syarikat
yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.
Malah menurutnya, AMANAH tidak bimbang diketepikan berikutan
rancangan PAS untuk mengadakan acara ceramah bersama dengan PKR dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
“Apa sahaja yang berlaku malam
esok, kami akan dimaklumkan,” katanya.
Walaupun PAS bukan sebahagian
daripada PAKATAN yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH, tetapi ia
masih mengekalkan hubungan dengan PKR.
Parti itu juga belum menyatakan
sama ada ia akan bekerjasama dengan PPBM, walaupun menerima sindiran daripada
pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata pemimpin PAS berada dalam
keadaan keliru kerana masih teragak-agak untuk menyertai pakatan pembangkang
bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada
pilihan raya umum akan datang.
PAS Selangor dikatakan
menjemput presiden PKR dan PPBM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan
Sri Muhyiddin Yassin, untuk berucap di majlis ceramahnya di Paya Jaras.
Langkah itu dilihat oleh
pemerhati sebagai satu usaha oleh PAS untuk membentuk blok ke-3 di negeri ini
bagi memastikan ia masih boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor
sekiranya Pakatan kembali berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.