Jika tidak benar ambil
tindakan terhadap pihak yang mendakwa kononnya UMNO gadai tanah Rizab Melayu
kepada bukan Islam.
Pemimpin UMNO Terengganu
perlu bertanggungjawab dan jangan berdiam diri.
Dakwaan UMNO Terengganu
gadai tanah Rizab Melayu ini serius.
Ia menuntut jawapan dan pemimpin UMNO sewajarnya ada pencerahan, paling tidak
pun daripada pemimpin Hulu Terengganu kalaupun tidak Menteri Besar Terengganu.
Datuk Seri Ahmad Razif
akan mudah menjawab soalan ini dengan kata-kata bahawa beliau tidak tahu.
Malah perkara ini berlaku
ketika belum menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, itu jawapan mudah
untuk ‘melarikan diri’.
Kelmarin,
Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin bin Abdul Rashid
menegasskan Umno kelihatan seperti hilang akal dan tidak mampu fikirkan masa
depan orang Melayu dan Islam sehingga sanggup menggadaikan harta dan maruah
orang Melayu kepada bukan Islam.
Tindakan
itu akibat ketamakan dan kerakusan
pemimpin UMNO.
Muhyiddin mendakwa selepas UMNO mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, parti itu telah
menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang
daripada Tanah Rizab Melayu kepada tanah pegangan bebas.
Tanah itu diberikan kepada
syarikat milik bukan Melayu dan penyokong DAP.
“Semua tanah di daerah Hulu Terengganu adalah Rizab Orang Melayu, tapi
malangnya orang UMNO tidak nampak ia sebagai aset hingga sanggup gadaikan
kepada orang bukan islam," kata beeliau,
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana
Sempena Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti UMNO (Harap-PGU) 3.6 di Kampung Batu
24, Kuala Berang, Hulu Terengganu, kelmarin.
Tambahnya lagi syarikat tersebut telah membina satu
bangunan empat tingkat dan 16 unit kedai yang berharga RM1.5 juta untuk satu
unit.
“Syarikat tersebut telah membahagikan lapan unit kedai
kepada bukan Islam manakala lapan lagi kepada pemimpin umno atau mungkin proksi
UMNO.
“Buat bangunan yang setiap satu unit bernilai RM1.5 juta.
Siapa yang mampu beli? Tanah ini bebas untuk dibeli sesiapa sahaja… kita
tengoklah 1,2 tahun lagi siapa yang memiliki tanah ini”, tegasnya.
Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk
Husain Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat,
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Azariza Mohd Alawi.
No comments:
Post a Comment