Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Dr Syed Azman Syed
Ahmad Nawawi mempersoalkan kenapa baru sekarang (November 2017)
Kerajaan Negeri bertindak memberi kata dua kepada pembekal Bas Amphicoach
(Bas Amphibia).
Menghairankan apabila sebelum ini kerajaan negeri telah
berkali-kali ‘menjanjikan’ kepada rakyat Terengganu bahawa bas
‘dua alam’ ini akan tiba sejak dari tahun 2015 lagi.
Malah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif sendiri
telah membuat kenyataan terbuka pada March 2017 bahawa bas tersebut akan tiba
pada Jun 2017.
"Apakah hal ini sesuatu yang boleh dianggap remeh
walhal kos pembelian setiap buah bas tersebut mencecah tiga (3) juta ringgit sebuah, yang mana kos tersebut melibatkan penggunaan wang rakyat?" tanya beliau.
Beliau difahamkan urusan pembelian bas amphicoach
ini telah diselenggarakan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan &
Kebudayaan Negeri Terengganu.
Beliau mendesak Menteri Besar memberi penjelasan
kepada seluruh rakyat Terengganu,
adakah pembelian bas ini dibuat secara terus oleh
Kerajaan Negeri Terengganu dengan syarikat pembekal tersebut melalui agensi
kerajaan tertentu atau kerajaan negeri telah melantik syarikat perunding swasta
untuk menguruskan pembelian bas ini?
Menteri Besar Terengganu juga perlu menyatakan jumlah
sebenar wang kerajaan negeri Terengganu yang telah dibayar kepada syarikat
pembekal tersebut bagi pengetahuan rakyat Negeri Terengganu?
"Hal ini sangat penting diberi penjelasan
secara terbuka untuk pengetahuan seluruh rakyat Negeri Terengganu. Ini
kerana telah beberapa kali janji yang ditaburi oleh pihak kerajaan kepada
seluruh rakyat negeri Terengganu bahawa bas dua alam ini akan tiba di Negeri
Terengganu bermula pada tahun 2015 namun hingga kini bas tersebut tidak kunjung
tiba," tegasnya.
Pada 2 Mac 2017 lalu, ADUN berkenaan membuat
laporan polis di Ibu pejabat Polis Kuala Terengganu mengenai *‘kehilangan’* Bas
dua alam ini.
"Pihak kerajaan negeri juga telah mengadakan lawatan
ke kilang bas yang dihasilkan di Malta itu pada tahun 2014. Manakala kos
pembelian berdasarkan harga kilang setiap sebuah bas itu menelan belanja
kira-kira *600,000 euro atau kira-kira RM3 juta sebuah," tegasnya.
Pembelian Bas ‘Dua Alam’ amphicoach ini diilhamkan bekas
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas ini digunakan untuk membawa
pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai
Terengganu.
Syed Azman menyatakan beliau
terkejut terhadap kenyataan Menteri Besar Terengganu,itu yang
memberi kata dua kepada pembekal Bus Amphicoach” (Bas Amfibia).
Kata dua yang dibuat pada 12 November lalu meminta
pembekal itu membuat penghantaraan kenderaan berkenaan selewat-lewatnya hujung
bulan ini (November).
Kata Menteri Besar, sekiranya gagal pembekal itu akan
berdepan dengan tindakan saman daripada Kerajaan Negeri Terengganu.
Ahmad Razif dilaporkan berkata; *“Berkenaan bas
amfibia sehingga kini kita belum lagi terima dan kita beri kata dua kepada
pembekal untuk hantar bas berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini...Bas itu
sudah siap dan masih berada di Malta namun saya difahamkan ada masalah
penghantaran. Ini soal pembekal, bukan soal kita”.*
Menurut beliau, ketika musim tengkujuh, bas amphicoach
boleh digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang
tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat. Kenderaan tersebut adalah
buatan Malta yang dapat digunakan di darat dan di air. Kenderaan berbentuk
seperti bas itu mampu memuatkan 50 orang penumpang pada satu masa dengan
kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.
Sebelum ini bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said
juga memaklumkan ADUN-ADUN di sidang Dewan Undangan Negeri bahawa Kerajaan
Negeri Terengganu telah bersetuju untuk membeli dua buah kenderaan terbabit
yang bernilai RM6 juta kerana mempunyai pelbagai fungsi yang dapat
memberi manfaat kepada rakyat Terengganu.
Ahmad Razif dalam satu kenyataan pada 28hb Disember 2014 berkata, pihak kerajaan
negeri menjangkakan bas Amphicoach yang telah ditempah itu akan dapat
beroperasi pada tahun 2015.
Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya
boleh digunakan pada tahun 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta mmerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang
dikehendaki.
Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan
harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro (RM 3
juta) untuk sebuah amphicoach”…."Kita jangka akan menerima
amphicoach itu pada Mei tahun depan (2015) yang akan diserahkan oleh Menteri
Malta,"* katanya sebelum ini.
Dalam satu kenyataan pada 18hb Mei 2015, bekas Exco Pelacongan Datuk Mohd Jidin Shafee memberi jaminan bahawa kenderaan bas amfibia
(amphicoach) yang telah ditempah pada tahun 2014 bagi kegunaan pelancongan
selain membantu menyelamatkan mangsa banjir dijangka diterima akhir Ogos 2015.
Begitu juga dengan jawapan-jawapan yang telah diberikan
oleh pihak exco kerajaan negeri setiap kali hal ini ditimbulkan di Persidangan
Dewan Undangan Negeri.
Perinciannya bersifat *'kabur'* dan tidak dapat
menjelaskan kedudukan sebenar status bas yang telah dibeli pada tahun 2014
itu.
No comments:
Post a Comment