Ketua-ketua Bahagian PPBM di Terengganu.
Hairan
apabila penyokong Menteri Besar Terengganu, terutamanya menggunakan Facebook
untuk menafi dan menyerang satu status mengenai adanya mereka yang mahu keluar parti.
Sejak
semalam kecoh di Terengganu memgenai isu seorang ahli perlimen (MP) dan empat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan keluar parti.
Selepas ia
diviralkan (tidak diketahui puncanya), viral mengenai perkara itu seperti
sangat menakutkan kumpulan penyokong Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Mereka (penyokong Ahmad Razif) mengutuk mereka yang menularkan isu berkenaan.
Nampak
sangat mereka sangat takut jika kerajaan Terengganu ‘tergolek’.
Mereka ini
mempertahankan BN Terengganu atau Menteri Besarnya?
Yang membuat
komen di FB itu adalah mereka yang diketahui ‘mendapat kedudukan dan keselesaan
hidup’ hasil bantuan MB.
Maknanya
jika tergolek Ahmad Razif, seolah-olah punca rezeki mereka akan turut ;jatuh ke
longkang’. Ahmad Razif sudah bagai ‘tuhan kecil’ bagi mereka.
Apakah
begitu sekali pemujaan mereka terhadap Ahmad Razif?
Apabila membantai
sekeras-kerasnya terhadap viral ini, timbul pertanyaan, apakaah mereka ini
melakukannya demi BN atau Menteri Besar.
Tidak jelas pula
dalam viral itu sama mereka yang keluar itu akan menyertai Parti Pribumi
Bersatu Terengganu (PPBM) Terengganu.
Selain
ramalan berkenaan, riuh rendah di Terengganu mengenai siapa yang diumumkan
sebagai Ketua Bahagian PPBM apabila majlis penyerahan watikah mengenai perkara
itu dilangsungkan di Putrajaya.
Maka ada
ramalan berbagai mengenai kedua-dua isu ini.
Menarik juga
sesekali ada ‘ribut’ di Terengganu, tidak kiralah ‘ribut dalam cawan’ atau memang
ribut dan badai politik di negeri itu.
Ketua Bahagian Terengganu angkat sumpah |
Terengganu
yang tidak pernah lekang daripada kontroversi akan terus berlanjutan sejak isu
penarikan pingat oleh Sultan Terengganu terhadap Ahmad Razif.
Walaupun
pingat sudah dikembalikan dan ‘Encik Ahmad Razif’ sudah menjadi ‘Datuk Ahmad
Razif’, namun penarikan pingat itu sukar melenyapkan bahawa istana dikatakan
ada ‘niat’ menukar Ahmad Razif.
Kedudukan
Ahmad Razif akan dicatatkan dalam sejarah politik Terengganu di mana untuk
julung-julung kalinya seorang Menteri Besar diminta meletakkan jawatan oleh
penyokong BN/UMNO sendiri.
Malu tetapi
Ahmad Razif masih boleh buat muka tebal.
Setebal batang pokok kekabu ‘benang
emas’ yang ditanam di Seberang Takir.
Takut sangat
penyokong Razif ini dan yakin dengan mereka yang dikatakan akan meletakkan
jawatan itu sehingga tidak melakukan perkara berikut:
1. Siapa atau wakil rakyat mana?
2. Benarkah UMNO solid dan semua wakil
rakyatnya bersatu hati?
3. Apakah daripada UMNO sahaja akan
keluar parti?
Selain itu
berbagai ramalan dibuat mengenai orang itu dan orang ini akan menjadi Ketua
Bahagian.
Contohnya
dikatakan bekas wartawan, Hambali Abdul Latif menjadi Ketua Penaja Kuala Nerus.
Mana logiknya?
Nak berlawan
dengan Menteri Besar? Gila tu jika demikian halnya.
Apa kekuatan
Hambali? Dalam UMNO pun di ahli biasa sahaja. Difahamkan dia ahli UMNO di
Bandar Baru Selayang, Selangor.
Cuma dia
mengundi di kampungnya di DUN Jabi dalam Parlimen Setiu.
Atau perkara
ini disebarkan sebagai tanda-tanda kebimbangan mengenai sesuatu yang boleh
menggugat Menteri Besar?
Amat nyata,
daripada apa yang diperkatakan sejak semalam mengenai dua isu ini menggambarkan
UMNO tidak padu.
PAS
nampaknya tidak kisah atau buat tidak tahu pun mengenai perkara ini.
Untuk BN
ddan UMNO, jangan bimbang pengaruh parti lain jika rumah tangga UMNO sendiri
kukuh.
Robohnya
rumah tangga UMNO bukan kerana factor luar tetapi ia memburuk dari dalam.
Tidak
tahulah jika UMNO Terengganu kini sedang memburuk dari kepala seperti seekor
ikan.
Apakah UMNO
Terengganu sudah memburuk di badan, selepas di kepala dan kini menunggu hingga
ke ekor dalam beeberapa bulan akan datang?