Wednesday, February 15, 2017

Kenapa Bimbang Jika ‘Tuhan Kecil’ Tergolek Masuk Longkang??

Ketua-ketua Bahagian PPBM di Terengganu.

Hairan apabila penyokong Menteri Besar Terengganu, terutamanya menggunakan Facebook untuk menafi dan menyerang satu status mengenai adanya mereka yang mahu keluar parti.

Sejak semalam kecoh di Terengganu memgenai isu seorang ahli perlimen (MP) dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan keluar parti.

Selepas ia diviralkan (tidak diketahui puncanya), viral mengenai perkara itu seperti sangat menakutkan kumpulan penyokong Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Mereka (penyokong Ahmad Razif) mengutuk mereka yang menularkan isu berkenaan.

Nampak sangat mereka sangat takut jika kerajaan Terengganu ‘tergolek’.

Mereka ini mempertahankan BN Terengganu atau Menteri Besarnya?


Yang membuat komen di FB itu adalah mereka yang diketahui ‘mendapat kedudukan dan keselesaan hidup’ hasil bantuan MB.

Maknanya jika tergolek Ahmad Razif, seolah-olah punca rezeki mereka akan turut ;jatuh ke longkang’. Ahmad Razif sudah bagai ‘tuhan kecil’ bagi mereka.
Apakah begitu sekali pemujaan mereka terhadap Ahmad Razif?

Apabila membantai sekeras-kerasnya terhadap viral ini, timbul pertanyaan, apakaah mereka ini melakukannya demi BN atau Menteri Besar.

Tidak jelas pula dalam viral itu sama mereka yang keluar itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Terengganu (PPBM) Terengganu.

Selain ramalan berkenaan, riuh rendah di Terengganu mengenai siapa yang diumumkan sebagai Ketua Bahagian PPBM apabila majlis penyerahan watikah mengenai perkara itu dilangsungkan di Putrajaya.

Maka ada ramalan berbagai mengenai kedua-dua isu ini.

Menarik juga sesekali ada ‘ribut’ di Terengganu, tidak kiralah ‘ribut dalam cawan’ atau memang ribut dan badai politik di negeri itu.

Ketua Bahagian Terengganu angkat sumpah
Terengganu yang tidak pernah lekang daripada kontroversi akan terus berlanjutan sejak isu penarikan pingat oleh Sultan Terengganu terhadap Ahmad Razif.

Walaupun pingat sudah dikembalikan dan ‘Encik Ahmad Razif’ sudah menjadi ‘Datuk Ahmad Razif’, namun penarikan pingat itu sukar melenyapkan bahawa istana dikatakan ada ‘niat’ menukar Ahmad Razif.

Kedudukan Ahmad Razif akan dicatatkan dalam sejarah politik Terengganu di mana untuk julung-julung kalinya seorang Menteri Besar diminta meletakkan jawatan oleh penyokong BN/UMNO sendiri.

Malu tetapi Ahmad Razif masih boleh buat muka tebal.

Setebal batang pokok kekabu ‘benang emas’ yang ditanam di Seberang Takir.

Takut sangat penyokong Razif ini dan yakin dengan mereka yang dikatakan akan meletakkan jawatan itu sehingga tidak melakukan perkara berikut:

     1. Siapa atau wakil rakyat mana?

      2. Benarkah UMNO solid dan semua wakil rakyatnya bersatu hati?
       
      3. Apakah daripada UMNO sahaja akan keluar parti?

Selain itu berbagai ramalan dibuat mengenai orang itu dan orang ini akan menjadi Ketua Bahagian.

Contohnya dikatakan bekas wartawan, Hambali Abdul Latif menjadi Ketua Penaja Kuala Nerus. Mana logiknya?

Nak berlawan dengan Menteri Besar? Gila tu jika demikian halnya.

Apa kekuatan Hambali? Dalam UMNO pun di ahli biasa sahaja. Difahamkan dia ahli UMNO di Bandar Baru Selayang, Selangor.

Cuma dia mengundi di kampungnya di DUN Jabi dalam Parlimen Setiu.
Atau perkara ini disebarkan sebagai tanda-tanda kebimbangan mengenai sesuatu yang boleh menggugat Menteri Besar?

Amat nyata, daripada apa yang diperkatakan sejak semalam mengenai dua isu ini menggambarkan UMNO tidak padu.

PAS nampaknya tidak kisah atau buat tidak tahu pun mengenai perkara ini.
Untuk BN ddan UMNO, jangan bimbang pengaruh parti lain jika rumah tangga UMNO sendiri kukuh.

Robohnya rumah tangga UMNO bukan kerana factor luar tetapi ia memburuk dari dalam.

Tidak tahulah jika UMNO Terengganu kini sedang memburuk dari kepala seperti seekor ikan.

Apakah UMNO Terengganu sudah memburuk di badan, selepas di kepala dan kini menunggu hingga ke ekor dalam beeberapa bulan akan datang?

No comments:

Post a Comment