Lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri ke
Terengganu Jumaat ini mungkin digunakan untuk ‘membersihkan’ semua kenyataan
tiga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada malam sebelumnya.
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan
lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac) iaitu sehari selepas Tun
Dr Mahathir Mohamad melakukan lawatan kerja ke negeri berkenaan.
Kedatangan Dr Ahmad Zahid dilihat sangat sesuai masanya
memandangkan ia selepas lawatan tiga pemimpin PPBM itu yang berusaha
memperkukuhkan jentera pilihan raya PPBM menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14
)PRU14).
Menurut kenyataan media PPBM Terengganu yang memetik
Ketua Penyelaras program BiCARA NEGARAWAN Tun Dr Mahathir Mohamad ‘BERANI
BERUBAH’, tiga pemimpin PPBM akan ke Terengganu, Khamis ini.
Kedatangan mereka bertujuan menggerakkan jentera pilihan raya
parti berkenaan di Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Mereka ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad,
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir.
Selain mengadakan pertemuan dengan semua jentera parti
lapan bahagian, ketiga-tiga pemimpin tertinggi PPBM juga akan mengadakan
pertemuan tertutup dengan lapan Ketua Bahagian Penaja.
Tidak diketahui di mana pertemuan itu diadakan
bagimanapun difahamkan ia ada diadaka di Bahagian Marang.
Ketika ini, semua jentera PPBM di semua lapan bahagian di
Terengganu sedang digerakkan apabila Ketua-Ketua Bahagian Penaja dilantik
secara rasmi pada 14 Februari lalu.
Matlamat ialah menggerakkan pengundi muda selain menarik
sokongan kepada pembangkang di Terengganu bagi mewujudkan kerajaan yang adil
dan prihatin kepada rakyat, selain menolak pembaziran dan penyelewengan.
Razali selanjutnya berkata, kemuncak acara kepada lawatan
tiga pemimpin PPBM itu ialah program di Ajil, Hulu Terengganu bermula 9 malam
iaitu Ceramah ‘ Bicara Negarawan’ – membabitkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad.
Selari dengan tema ‘BERANI BERUBAH’, Tun Dr Mahathir
dijangka akan memperkatakan kenapa rakyat Terengganu perlu berubah dan menolak
Barisan Nasional pada PRU14.
Juga dijangka , Tun Dr Mahathir akan memperkatakan mengenai
isu 1MDB (termasuk TIA), isu royalti minyak Terengganu, pembaziran perbelanjaan
kerajaan BN Terengganu serta kenapa rakyat Terengganu perlu mengundi
pembangkang untuk jatuhkan BN pada PRU14.
Pada sebelah siangnya, selepas pertemuan dengan jentera
PPBM itu, Mukhriz dan Munyiddin akan menyertai program Walkabout di Pasar Malam
Pak Tuyu’ di Gong Badak.
Selain bertemu orang ramai, program itu juga diharapkan
akan membuka ruang kepada pelajar dari universiti berhampiran – Universiti Malaysia
Terenggan dan UniSZA – yang berpeluang ke pasar malam itu beramag mesra dengan
Mukhriz dan Muhyiddin.
Kedatangan Dr Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO pada Jumaat ini, dijangka akan merasmikan Program Kelompok Persidangan UMNO Cawangan Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.
Pada kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.
Menteri Dalam Negeri itu dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya.