Tuesday, March 14, 2017

Dr Ahmad Zahid Akan ‘Cuci’ Kenyataan Tiga Pemimpin Utama PPBM?


Lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri ke Terengganu Jumaat ini mungkin digunakan untuk ‘membersihkan’ semua kenyataan tiga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada malam sebelumnya.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac) iaitu sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan lawatan kerja ke negeri berkenaan.

Kedatangan Dr Ahmad Zahid dilihat sangat sesuai masanya memandangkan ia selepas lawatan tiga pemimpin PPBM itu yang berusaha memperkukuhkan jentera pilihan raya PPBM menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 )PRU14).

Menurut kenyataan media PPBM Terengganu yang memetik Ketua Penyelaras program BiCARA NEGARAWAN Tun Dr Mahathir Mohamad ‘BERANI BERUBAH’, tiga pemimpin PPBM akan ke Terengganu, Khamis ini.

Kedatangan mereka  bertujuan menggerakkan jentera pilihan raya parti berkenaan di Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Mereka ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain mengadakan pertemuan dengan semua jentera parti lapan bahagian, ketiga-tiga pemimpin tertinggi PPBM juga akan mengadakan pertemuan tertutup dengan lapan Ketua Bahagian Penaja.


Tidak diketahui di mana pertemuan itu diadakan bagimanapun difahamkan ia ada diadaka di Bahagian Marang.

Ketika ini, semua jentera PPBM di semua lapan bahagian di Terengganu sedang digerakkan apabila Ketua-Ketua Bahagian Penaja dilantik secara rasmi pada 14 Februari lalu.

Matlamat ialah menggerakkan pengundi muda selain menarik sokongan kepada pembangkang di Terengganu bagi mewujudkan kerajaan yang adil dan prihatin kepada rakyat, selain menolak pembaziran dan penyelewengan.

Razali selanjutnya berkata, kemuncak acara kepada lawatan tiga pemimpin PPBM itu ialah program di Ajil, Hulu Terengganu bermula 9 malam iaitu Ceramah ‘ Bicara Negarawan’ – membabitkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad.

Selari dengan tema ‘BERANI BERUBAH’, Tun Dr Mahathir dijangka akan memperkatakan kenapa rakyat Terengganu perlu berubah dan menolak Barisan Nasional pada PRU14.

Juga dijangka , Tun Dr Mahathir akan memperkatakan mengenai isu 1MDB (termasuk TIA), isu royalti minyak Terengganu, pembaziran perbelanjaan kerajaan BN Terengganu serta kenapa rakyat Terengganu perlu mengundi pembangkang untuk jatuhkan BN pada PRU14.

Pada sebelah siangnya, selepas pertemuan dengan jentera PPBM itu, Mukhriz dan Munyiddin akan menyertai program Walkabout di Pasar Malam Pak Tuyu’ di Gong Badak.

Selain bertemu orang ramai, program itu juga diharapkan akan membuka ruang kepada pelajar dari universiti berhampiran – Universiti Malaysia Terenggan dan UniSZA – yang berpeluang ke pasar malam itu beramag mesra dengan Mukhriz dan Muhyiddin.

Kedatangan Dr Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO pada Jumaat ini, dijangka akan merasmikan Program Kelompok Persidangan UMNO Cawangan Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.

Pada kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.

Menteri Dalam Negeri itu dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya. 

No comments:

Post a Comment