Kanak-kanak 11 tahun (tengah) mencium tangan suaminya seperti foto yang beredar di Facebook. Isu kontroversi mendorong desakan agar usia perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun. |
Seriuskah
kejadian kanak-kanak 12 tahun di Terengganu sudah pandai berzina?
Jika
tidak ada kejadian, tidaklah pula Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri menyebut perkara ini hari ini.
“Sekarang
ini budak umur 12 tahun pun sudah berzina. Sekarang kita nak naikkan had
kelayakan kahwin pada usia 18 tahun pula,” kata Satiful Bahri Mamat seperti
dilapor Harian Metro.
Berikutan
itu, hari ini beliau menyatakan bantahannya bantahannya terhadap tindakan
membataskan usia perkahwinan kepada 18 tahun seperti diperkenalkan di Selangor.
Alasan
umur 18 tahun tidak dapat diterima kerana remaja kini mudah terdedah pada seks.
Dengan
melabelkan tindakan itu “maqasid syariah yang tidak betul”, Satiful bimbang apabila mengehadkan usia perkahwinan
remaja akan menyukarkan perkahwinan dan menjadikan maksiat berleluasa.
“Sebab
apa kerajaan turunkan had umur kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18
tahun, tetapi had umur kelayakan untuk berkahwin pula dinaikkan sehingga 18
tahun?
“Kita
sepatutnya tutup jalan dan ruang untuk orang melakukan maksiat terutamanya
zina,” kata Satiful (kanan) yang bersetuju dengan cadangan agar had umur diturunkan lagi
kepada 14 tahun.
Pada
22 September lalu, Mufti Sabah mencadangkan had umur perkahwinan tidak
dinaikkan tetapi diturunkan kepada 14 tahun untuk perempuan.
Datuk
Bungsu @ Aziz Jaafar berkata kahwin awal mesti dibenarkan tetapi mereka perlu
“dapatkan kebenaran khas mahkamah.
“Kenapa
dibenarkan kahwin awal, kerana anak-anak sekarang sudah amat matang dan
terdedah kepada soal seks lebih awal,” katanya.
Tidak
setuju had usia minimum dinaik kepada 18 tahun beliau berkata pendedahan mereka
terhadap seks “eloklah dikawal” dengan “kahwin awal.”
Mencadangkan
16 tahun untuk lelaki, beliau menegaskan yang terpenting prosedur operasi
standard (SOP) perkahwinan diperketat dan melalui mahkamah.
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menegaskan
negeri lain wajar mencontohi Selangor yang menaikkan had usia perkahwinan.
Pada
18 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun menjadi isteri kedua
seorang lelaki anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun.
Perkahwinan
itu direstui keluarganya dan mendapat kebenaran mahkamah syariah.
Sebelum
itu, isu meningkatkan usia perkahwinan dibuat selepas kontroversi perkahwinan
kanak-kanak 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan berkahwin dengan peraih getah
berusia 41 tahun sebagai isteri ketiga.
Perkahwinan
tanpa kebenaran mahkamah berlangsung di sebuah masjid di Padang Nyor dekat
Sungai Golok pada 18 Jun lalu.pada Jun lalu.