Tuesday, September 25, 2018

Di Terengganu, Usia 12 Tahun Sudah Pandai Berzina?

Kanak-kanak 11 tahun (tengah) mencium tangan suaminya seperti foto yang beredar di Facebook. Isu kontroversi mendorong desakan agar usia perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Seriuskah kejadian kanak-kanak 12 tahun di Terengganu sudah pandai berzina?

Jika tidak ada kejadian, tidaklah pula Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri menyebut perkara ini hari ini.

“Sekarang ini budak umur 12 tahun pun sudah berzina. Sekarang kita nak naikkan had kelayakan kahwin pada usia 18 tahun pula,” kata Satiful Bahri Mamat seperti dilapor Harian Metro.

Berikutan itu, hari ini beliau menyatakan bantahannya bantahannya terhadap tindakan membataskan usia perkahwinan kepada 18 tahun seperti diperkenalkan di Selangor.

Alasan umur 18 tahun tidak dapat diterima kerana remaja kini mudah terdedah pada seks.

Dengan melabelkan tindakan itu “maqasid syariah yang tidak betul”, Satiful  bimbang apabila mengehadkan usia perkahwinan remaja akan menyukarkan perkahwinan dan menjadikan maksiat berleluasa.

“Sebab apa kerajaan turunkan had umur kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun, tetapi had umur kelayakan untuk berkahwin pula dinaikkan sehingga 18 tahun?

“Kita sepatutnya tutup jalan dan ruang untuk orang melakukan maksiat terutamanya zina,” kata Satiful (kanan) yang bersetuju dengan cadangan agar had umur diturunkan lagi kepada 14 tahun.

Pada 22 September lalu, Mufti Sabah mencadangkan had umur perkahwinan tidak dinaikkan tetapi diturunkan kepada 14 tahun untuk perempuan.

Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata kahwin awal mesti dibenarkan tetapi mereka perlu “dapatkan kebenaran khas mahkamah.

“Kenapa dibenarkan kahwin awal, kerana anak-anak sekarang sudah amat matang dan terdedah kepada soal seks lebih awal,” katanya.

Tidak setuju had usia minimum dinaik kepada 18 tahun beliau berkata pendedahan mereka terhadap seks “eloklah dikawal” dengan “kahwin awal.”

Mencadangkan 16 tahun untuk lelaki, beliau menegaskan yang terpenting prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan diperketat dan melalui mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menegaskan negeri lain wajar mencontohi Selangor yang menaikkan had usia perkahwinan.
Pada 18 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun menjadi isteri kedua seorang lelaki anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun.

Perkahwinan itu direstui keluarganya dan mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Sebelum itu, isu meningkatkan usia perkahwinan dibuat selepas kontroversi perkahwinan kanak-kanak 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun sebagai isteri ketiga.

Perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah berlangsung di sebuah masjid di Padang Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu.pada Jun lalu.  

3 comments:

  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  2. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete
  3. saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

    ReplyDelete