Setiausaha agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan menjimatkan masa perjalanan.
“Malah LPT yang dijangka siap pada 2012 akan lebih selamat berbanding jalan yang sedia ada sekarang," katanya dihubungi selepas pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau berharap pengguna tidak akan dibebankan dengan tol yang tinggi dan kerajaan perlu memastikan sebarang projek yang dilaksanakan bukan pelaburan yang membazir.
Bagi kerajaan Terengganu pula, selain faedah seperti disebutkan, LPT begitu penting bagi membolehkah adanya laluan Singkat Ke Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang pernah melawat pembinaan LPT beberapa bulan lalu menganggap laluan melibatkan pakej 11 dan pakej 12 menghubungkan Batu Hampar ke Gemuroh an mampu memendekkan masa dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Tasik Kenyir.
Jalan singkat berkenaan hanya mengambil masa 35 minit dari LTSM berbanding sejam masa yang diambil ketika ini.
Ini bermakna LPT akan menjadi infrastruktur penting dalam menjadikan Tasek Kenyir sebagai destinasi pelancongan penting bagi Terengganu.

Bagi FOMCA pula, ia menyambut baik langkah kerajaan membina jalan raya dan landasan kereta api baru ke pelabuhan dan lapangan terbang kerana kemudahan itu merupakan satu keperluan.
Selain jalan raya, pembinaan landasan kereta api menyusur ke pelabuhan dan lapangan terbang dapat meningkatkan aktiviti pengangkutan kargo, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.
Beliau berkata rancangan pembinaan jalan raya yang lain dan juga transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) meliputi kawasan sekitar 20km dari Bandaraya Kuala Lumpur juga akan memberi keselesaan kepada pengguna dan menjimatkan masa perjalanan.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Malaysia Datuk Zainal Rampak berkata pembentangan RMK-10 adalah bukti jelas bahawa kerajaan mendahulukan rakyat dengan memberi perhatian kepada pembinaan jalan raya baru.
Projek membabitkan pengangkutan dalam RMK-10 dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun kerajaan perlu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.
Katanya walaupun kerajaan akan membina jaringan jalan raya baru tetapi pada masa yang sama masalah kesesakan yang teruk pada waktu puncak perlu diselesaikan.

Menurut laporan RMK-10 yang dibentang di Parlimen semalam (Khamis, 10 Jun 2010), rangkaian pengangkutan pelbagai mod akan terus dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) untuk memperbaiki kecekapan perdagangan dan menambah baik sistem logistik di Malaysia.
Laporan menyebut, kira-kira RM2.7 bilion akan dilaburkan untuk membina jalan raya dan landasan kereta api menyusur ke pelabuhan dan lapangan terbang utama serta pengurusan logistik akan diperbaiki di bawah rancangan pembangunan lima tahun ini.
Ia bertujuan meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo melalui landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang.
LPT akan disertai dengan pembesaran Pelabuhan Kuantan akan menyediakan infrastruktur asas untuk menyokong aktiviti perdagangan serta pergerakan kargo di sepanjang koridor pantai timur Semenanjung Malaysia, menurut laporan itu.
Selain itu, Jambatan Kedua Pulau Pinang yang akan siap dibina bagi menghubungkan Seberang Prai dan Pulau Pinang akan meningkatkan perhubungan dan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Jambatan itu akan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri tersebut manakala Lebuhraya Lembah Kelang Selatan yang dijangka siap pada tahun 2012 pula akan menyediakan hubungan jalan raya kedua ke Pelabuhan Barat di Pelabuhan Kelang di Selangor.
Mengenai pembangunan rel, projek landasan berkembar elektrik akan disambung ke Johor Baharu untuk melengkapkan rangkaian dan meningkatkan kecekapan organisasi serta memudahkan pengangkutan barangan yang bertambah melalui rel dan mengurangkan kesesakan jalan raya.
Apabila projek landasan berkembar elektrik dari Johor Baharu ke Padang Besar berharga RM16.5 bilion siap kelak, peratusan pengangkutan barangan melalui kereta api dijangka meningkat daripada 1.3 peratus ketika ini kepada 10 peratus pada tahun 2015 dan ia juga dapat mengurangkan kos pengangkutan.
Selain itu, transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) meliputi kawasan sekitar 20km dari bandaraya Kuala Lumpur akan dibangunkan dan apabila siap, MRT itu dijangka berupaya menampung dua juta penumpang sehari, menurut laporan itu.
Bagi infrastruktur maritim pula, ia akan dinaik taraf untuk memastikan pelabuhan Malaysia berdaya saing dan kerajaan akan membelanjakan RM1 bilion untuk kerja-kerja pendalaman di laluan kapal bagi memenuhi keperluan kapal besar.
Kerja-kerja menaik taraf akan turut melibatkan Pelabuhan Barat di Pelabuhan Kelang, Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor untuk menyediakan keupayaan tambahan bagi aktiviti import dan eksport barangan, menurut laporan tersebut.
Dalam tempoh RMK-10, pelaburan utama swasta berjumlah RM6 bilion akan merangkumi kerja menaik taraf Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Bagi pembangunan lapangan terbang, jumlah ketibaan penumpang penerbangan dijangka meningkat daripada 47 juta orang pada tahun 2008 kepada 62 juta orang pada 2015 dan ini memerlukan peningkatan kapasiti lapangan terbang dengan anggaran kos sebanyak RM3.3 bilion.
Sehubungan itu, sebuah terminal penerbangan tambang murah yang baru akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menampung peningkatan bilangan penerbangan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan turut dinaik taraf bagi menyokong pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan