Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
(siri akhir isu Royati
Terengganu)
Dengan PAS
sudah cuba, dengan Barisan Nasional/UMNO juga sudah cuba.
Kedua-duanya
dilihat bermasalah dan ramai tidak berpuashati dengan cara perbelanjaan dana
daripada royati minyak Terengganu.
Rakyat
Terengganu masih ingat dengan jelas bahawa apabila diserahkan wang royalti
kepada kerajaan PAS, pada kali pertama lagi, ia sudah lesap.
Kerajaan PAS
Terengganu (1999-2004) sehingga kini gagal menjelaskan ke mana wang itu dibelanjakan – seolah-olah tidak
mahu bertanggungjawab.
Sehingga
kini tidak diketahui ke mana perginya wang itu – apakah dibelanjakan untuk
parti, untuk Menteri Besar atau untuk pmbangunan.
Malah,
adalah baik Presiden PAS Datuk Seri Abdull Haddi Awang menjelaskan kepada
rakyat Terengganu ke mana wang itu lesap.
Rakyat mahu
tahu dan PAS perlu tellus dan jangan berselindung dan juga tidak cuba
‘menutupnya di bawah permaidani isu ini’.
Kemenangan
PAS baru-baru ini memberi peluang untuknya menjelaskan semula ke mana wang itu
dibelanjakan selepas menjadi misteri selama 20 tahun. Itupun sekiranya Menteri Besarnya bersetuju.
Apabila
kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO mendapat kuasa, ia pula membelanjakan wang
royalti dalam bentuk Wang Ihsan yang diketahui betapa gelojohnya dibelanjakan
ketika era Datuk Seri Idris Idris Jusoh.
Tidak perlu
dipanjangkan cerita, akhirnya Terengganu dikenali dengan DARUL RUNTUH.
Kemudian di
era Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, wang royalty
yang dikembalikan juga tidak membawa perubahan besar dalam konteks pembaangunan
untuk rakyat yang kekal.
Sama ada
wang itu dibelanjakan untuk tujuan politik seperti berbagai dana dan
perbelanjaan teerhadap rojek rakyat boleh dibilang dengan jari.
Beberapa
projek besar masuk longkang dan pembaziran kerana pengurusan yang tidak baik
(walaupun niatnya baik) seperti projek e-Book, pusat bebas cukai Tasik Kenyir, Zoo Kemaman, Bandar Baru Kijal dan lain-lain.
Ahmad Razif
lagi teruk membelanjakan wang royalti tanpa meninggalkan kesan besar yang boleh
dilihat dengan jelas di era beliau.
Ahmad Razif
hanya menyambung projek Ahmad Said atau tidak berfokus dalam pembangunan
rakyat, kecuali Bandar Baru Kuala Nerus – dipertikaikan kos dan cara
pelaksanaannya.
Dalam
konteks perbelanjaan untuk pendidikan, sukan, belia dan beberapa yang lain, ia
hanyalah penerusan daaripada dasar yang diperkenalkan sebelum beliau.
Kerana itu
dalam memnelanjakan wang royalti kali ini, di pasca PRU14, kerajaan Pusat perlu
meneliti satu mekanisme bru yang benar-benar berkesan.
Jangan ulangi
kesilapan yang dilakukan oleh PAS dan BN/UMNO.
Sayang
sekali rakyat Terengganu menolak Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk
membolehkan sebuah kerajaan yang bervisi dan dinamik memerintah Terengganu.
Mereka
memilih PAS untuk menggantikan BN/UMNO yang gagal. Tetapi seperti disebut oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, kita semua perlu menghormati keputusan rakyat.
Di sebalik
itu, kerajaan Pusat perlu membuka ruang dan menetapkan cara bagaimana wang
royalti dibelanjakan sebaik-baiknya untuk rakyat Terengganu.
Tidak perlu
individu seperti ‘orang tengah’ atau ‘perantara’ dalam melaksanakan dasar
perbelanjaan ini. Cadangan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bersifat 'sampah; yang pastinya ditolaak oleh PAS dan kerajaan Pusat.
Yang penting
royalti itu sampai keada rakyat dengan sebaik-baiknya menerusi pentadbiran sebuah
agensi dengan pengurusan yang cekap dan berintegriti.Kita tidak mahu pembinaaan seperti Taman Ilmu di Tembila berulang!
Sampai
masanya kerajaan memikirkan mekanisme di mana perbelanjaan RM1.5 bilion atau
RM2 bilion setahun dapat menghapuskan kemiskinan, membuka peluang pekerjaan,
menyediakan peluang rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang setimpal serta
membentuk rakyat Terenggnu cemerlang dalam pendidikan yang bukan diasaskan
kepada kelulusan akademik semata-mata.
Juga
penting, mereka yang diberikan tanggungjawab bukan kerana kepentingan politik
untuk mempertahankan kuasa atau mendapatkan kuasa semata-mata tetapi bersikap
‘adil untuk semua pihak’.
Jangan
terpengaruh dengan slogan agama atau Islam dalam menyerahkan royalti ini kerana
yang mentadbiranya perlu mempunyai wawasan, berintegriti dan meletakkan
kepentingan kepada rakyat semua peringkat terutamanya yang sangat memerlukan
bimbingan dan bantuan.
Selain itu
agensi yang dilantik perlu mempunyai kuasa untuk melaksankan pengawasan dan
penguatkuasaan dengan berkesan agar sebarang salah guna kuasa, penyelewengan dan
rasuah dapat dihenti atau ddikawal segera.
Dalam konteks ini, mungkin Hadi sebagai Menteri Besar ketika era pemerintahan PAS 20 tahun lalu bernasib baik, kehilangan wang itu ialah ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dipanggil Badan Pencegah Rasuah dan tiadanya penguaatkuasaan mengenai pengubahan wang haram.
Akhirnya,
melalui agensi yang berkesan ini, selepas berapa dekad wang royalti
dibelanjakan sama ada oleh kerajaan BN/UMNO dan PAS sebelum ini – untuk kali
pertamanya kerajaan Pusat yang ditubuhkan oleh HARAPAN diharap benar-bnar cakna dan
menjaga rakyat Terengganu.
Ia juga membuka ruang kepada penerokaan sumber baharu.
Sudah pasti
jika ini dapat dilaksanakan, maka Manifesto HARAPAN yang dibentuk di atas kepentingan DEMI
TEGANU, Harapan Cakna Rakyat akan
didapat dilaksanakan,
Walaupun HARAPAN tidak menjadi sebuah kerajaan
yang memerintah di Terengganu ketika ini tetapi rakyat Terengganu terbela dan.dilayan melalui dasar kerajaan HARAPAN di Putrajaya melalui agensinya di Terengganu yang CAKNA dan PEDULI RAKYAT!