Jadi sebarang tindakan berkaitan tugasnya, termasuk merombak barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)nya, Ahmad Said perlu merujuk kepada kedua-dua pihak berkenaan.
Jika tiada persetujuan, Menteri Besar itu tidak dapat berbuat apa-apa.Beranikah Ahmad Said melakukan rombakan sesuka hatinya?
Atau sanggupkah Ahmad Said berdepan istana dan Perdana Menteri jika sewenang-wenangnya melakukan rombakan portfolio EXCO kerajaan Terengganu? Jawapannya pasti tidak.
Kerana itu apa juga perbualan, tuduhan, ramalan politik atau ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan ‘sembang siber’, ia hanya untuk menyedapkan perbualan.
Kosong dan tidak relevan.
Ada yang menganggap tindakan Ahmad Said membuat rombakan itu mengejutkan walaupun tidak membabitkan pengguguran Exco sedia ada.
Mengejutkan? Tidak pelik dalam mana-mana pentadbiran, apa lagi politik itu sendiri ialah ‘permainan di luar dugaan’.
Jelas bahawa Ahmad Said selepas dua tahun menjadi Menteri Besar baru sahaja melakukan ‘permainan di luar dugaan’. Apakah aka nada permainan seterusnya?
Ura-ura dan khabar angin mengenai rombakan ini sudah kedengaran beberapa hari sebelum mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur malam Selasa lalu.
Penulis ada berbual dengan beberapa EXCO di Hotel Hilton Sentral selepas mesyuarat tersebut, namun tidak ada sebarang isyarat daripada Menteri Besar.
Malah, seorang dua turut menimbulkan perkara ini dengan mengatakan mereka mendengar khabar angin.
Penulis tidak boleh mengatakan ia atau tidak kerana saya tidak mengetahui mengenainya. Sebelum ini mulut Ahmad Said tertutup rapat mengenai perkara ini.
Yang pasti, apa juga perubahan atau rombakan EXCO, ia adalah kuasa Menteri Besar. Ia seperti kuasa Perdana Menteri melantik dan menukar menteri-menterinya. Apapun perkenan Yang Di Pertuan Agung Tetap diambil kira.
Dalam konteks Ahmad Said – beliau pun mempunyai hak yang sama! EXCO tidak wajar mempertikaikan kenapa dan mengapa atau juga bila.
Yang penting – kekal dan tidak digugurkan pun sudah cukup baik! Kerana itu tahniah untuk semua EXCO kerana dikekalkan.
Sebab musabab pertukaran itu sudah dikatakan oleh Menteri Besar.
Sudah dijelaskan bahawa rombakan itu dibuat bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran negeri dan bukan disebabkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Exco terlibat.
"Pertukaran ini diharap dapat memberi satu pendedahan dan pengalaman baru dan ia merupakan satu proses 'enrichment' yang berterusan kepada Exco kerajaan negeri.
"Saya percaya gandingan kesemua barisan Exco yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk merakyatkan pentabiran dan pembangunan,” kata Ahmad Said, Khamis melalui kenyataannya.

Kelmarin, mengulas mengulas mengenai perkara itu beliau berkata setiap portfolio kini dipegang oleh orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tugas masing-masing.
"Datuk Za'abar Mohd Adib, contohnya, merupakan seorang jurutera, jadi pasal runtuhan ataupun pembinaan kita serahkan kepada beliau kerana kita orang biasa tidak tahu soal teknikal, beliau lebih arif mengenainya.
"Begitu juga dalam bidang pertanian, kita lantik Asha'ari Idris jadi Exco pertanian kerana beliau banyak pengalaman dalam bidang berkenaan. Lagipun beliau pernah jadi Setiausaha Sulit Menteri Pertanian," katanya.
Paling penting rombakan portfolio lima EXCO yang diumumkan Khamis lalu dibuat dengan restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Said berkata sebelum rombakan itu, beliau terlebih dahulu berbincang dengan Perdana Menteri mengenai cadangan pertukaran portfolio itu.
"Sebelum tukar (portfolio) itu kita bincang dulu dengan Perdana Menteri. Rombakan itu hanya dikuatkuasakan setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri. Sebagai pemimpin nombor satu negara dan parti, persetujuan Perdana Menteri penting selain membuktikan rombakan Exco tersebut dilakukan dengan cara betul dan bukannya sembarangan," katanya.

"Sebagai pemimpin nombor satu negara dan parti, persetujuan Perdana Menteri penting selain membuktikan rombakan Exco tersebut dilakukan dengan cara betul dan bukannya sembarangan," katanya semalam.
Menurut beliau, rombakan yang dilakukannya itu merupakan perkara biasa dalam sesebuah pentabiran dan ia diputuskan berdasarkan kesesuaian serta latar belakang wakil rakyat itu sendiri.
"Saya percaya gandingan kesemua barisan Exco yang terlibat dengan penyusunan ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing akan dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan," tambahnya.
Jelas Ahmad Said dalam keadaan betul dan mengikut peraturan [entadbiran dan parti apabila melakukan ‘permainan di luar dugaan’ pertamanya ini.
Kita tunggu apa komen Perdana Menteri jika ada yang bertanya mengenai ‘permainan di luar dugaan’ Menteri Besar Terengganu ini.
No comments:
Post a Comment