Dentumannya dikatakan dapat didengar hingga empat kilometer sekeliling kawasan stor mercun berkenaan.
Berikutan kejadian itu seorang kanak-kanak berusia enam tahun tersangkut atas pokok setinggi kira-kira 15 meter dengan otak bersepai akibat letupan berkenaan. Kejadian turut mengakibatkan dua lagi parah di kaki dan muka manakala beberapa rumah berdekatan rosak apabila cermin tingkap berderai.
Kanak-kanak malang yang tersangkut di sebatang pokok akibat letupan stor mercun – Gambar Berita Harian
Menurut laporan Harian Metro, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata sebelum menerima berita letupan itu, beliau bersama Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah; bermesyuarat menyatakan kesyukuran kerana
ANGGOTA bomba memeriksa kesan letupan sekitar rumah singgah yang dipercayai menjadi tempat menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, tengah hari semalam.
Mohd Shukri berkata, mangsa yang terbunuh Khairul Arif Ayub, 6, manakala mangsa cedera belum dikenal pasti.
“Ia (kejadian) berpunca akibat bahan letupan dan kita akan mendapatkan pakar forensik dan unit pemusnah bom dari ibu negara untuk membantu siasatan kerana mereka lebih arif berhubung perkara ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan polis akan mencari bagaimana dan apa jenis bahan letupan tersimpan dalam rumah berkenaan,” katanya.
Berita Harian yang memetik beliau sebagai berkata, pihaknya menemui beberapa cebisan atau serpihan yang boleh memberikan bayangan bahan yang menjadi punca letupan itu.
“Apapun ia letupan yang memberikan impak kuat dan kita akan siasat kemungkinan ia membabitkan bahan lain kerana letupan itu umpama bom kerana boleh didengari sehingga empat kilometer,” katanya.
Mohd Shukri berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu disyaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya. "Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Difahamkan, rumah berkenaan menjadi tempat simpanan mercun dan bunga api malah selepas letupan itu, beberapa kelongsong mercun bola ditemui sekitar kawasan rumah.
Beberapa anggota polis yang tiba tidak menghampiri kediaman yang menjadi lokasi letupan kerana bimbang serpihan mercun di dalam rumah berkenaan masih aktif dan meletup.
Menurut laporan Harian Metro lagi, seorang bapa ke mahkamah untuk ‘menjemput’ saudaranya kerana memiliki mercun bertukar sebaliknya apabila anak yang ditinggalkan bersama dua lelaki di sebuah rumah yang dipercayai menjadi stor menyimpan mercun maut selepas rumah terbabit meletup tengah hari kelmarin.
Menurut emak saudara mangsa, Rozita Abd Rahman, 35, yang ditemui, adiknya Ayub Abd Rahman, 28, dan isterinya Kamariah Sufian, 25, ke mahkamah untuk mengikat jamin bapa saudara mereka yang ditahan atas kesalahan memiliki mercun.
Katanya, bapa mangsa melihat beberapa rakannya berada di rumah kosong itu, adiknya meninggalkan anaknya (Khairul Arif) kepada rakan untuk dijaga sementara dia berurusan di mahkamah.
“Selepas mendengar letupan kuat kira-kira jam 12.30 tengah hari dan jiran mula memenuhi kawasan rumah kosong itu, saya menghubungi adik memaklumkan kejadian berkenaan kerana Khairul Arif berada di kawasan itu sebelum kejadian,” katanya.
Ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.
Manakala, anak saudaranya sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam. "Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk dipakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.
"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.
Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.
"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.
Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.
Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.
"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagiandinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaringdi luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.
Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.
"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.
"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.
Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.
Sumber: Berita Harian, Bernama & Harian Metro (Gambar Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo & The Star)
No comments:
Post a Comment