Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu, bakal menjadi hab penerbangan terus ke Makkah untuk umat Islam mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penerbangan pertama rombongan 450 jemaah umrah dari Pantai Timur ke Jeddah dijangka pada 18 Mac tahun depan, sebelum penerbangan pulang pada 27 Mac.
Katanya, penerbangan sulung membawa jemaah umrah itu adalah 'hadiah' daripada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menghargai komitmen kerajaan negeri yang memberi kerjasama padu dalam menguruskan kelancaran operasi Haji, sehingga diiktiraf oleh Audit Tabung Haji sebagai stesen pelepasan haji terbaik di setakat ini.
“Atas hubungan baik pihak MAS dengan kerajaan negeri khususnya dalam urusan penerbangan jemaah haji, program perintis ini bakal memberi peluang kepada 450 orang rakyat negeri ini menikmati perkhidmatan itu.
“Dengan kadar tambang lebih rendah, pakej umrah 10 hari itu akan memberi keutamaan kepada petugas-petugas haji di negeri ini, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan ia dibuka kepada seluruh rakyat Terengganu jika sambutan diterima amat menggalakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghantar 344 jemaah haji menaiki penerbangan KT26 di LTSM malam kelmarin.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang, beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan wakil-wakil rakyat.
Tambah Ahmad Said, bagi memastikan LTSM yang memiliki landasan ketiga terpanjang di negara ini terus ‘hidup’, kerajaan negeri dan MAS merancang membuka semula laluan ke Pulau Pinang serta mewujudkan laluan penerbangan ke empat destinasi di Thailand.
“Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang Ahli Parlimen Thailand supaya bakal jemaah haji dari selatan negara berkenaan menggunakan LTSM untuk ke Jeddah,” katanya.
Pada tahun ini jelasnya, kerajaan negeri menyediakan subsidi RM3.9 juta untuk jemaah haji, meliputi aspek penyediaan makanan dan persiapan.
"Untuk permulaan, MAS membuka peluang mengerjakan umrah ini kepada petugas haji dan dijangka dibuka kepada pihak luar selepas itu. Apa yang lebih menarik, MAS menawarkan diskaun kepada jemaah umrah yang mengikuti penerbangan dari LTSM. Ini bermakna, kos yang perlu ditanggung jemaah adalah lebih murah daripada biasa.
"Kerajaan negeri melihat usaha ini sebagai sesuatu yang sangat baik. Dengan pengiktirafan LTSM sebagai lapangan terbang antarabangsa, peluang sebegini membolehkan kita mencari pasaran lebih luas lagi.
"Ini juga akan menjadikan Terengganu lapangan terbang pertama di luar Kuala Lumpur mengendalikan penerbangan Umrah ke Jeddah. Kita akan tengok macam mana kekerapan jadual penerbangan yang akan disusun nanti, mungkin dua kali sebulan," katanya kelmarin.
Beliau berkata, kelebihan LTSM mengendalikan penerbangan terus haji dan umrah diharap dapat menarik jemaah dari Thailand.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Huzlan Nik Hussin berkata, penerbangan terus umrah dari LTSM ke Jeddah akan memberi banyak kemudahan kepada jemaah kerana masa perjalanan lebih pendek dan pengurangan pelbagai kos terutama pengangkutan.
"Kalau biasa jemaah perlu melalui masa perjalanan kira-kira 20 jam apabila perlu bertukar penerbangan, perjalanan dan kos ke Kuala Lumpur, tetapi dari LTSM kita jangka perjalanan hampir 10 jam saja. Ini sangat memberi keselesaan kepada jemaah.
Kita juga berharap penerbangan terus dari LTSM ini dapat menarik umat Islam di Selatan Thailand seperti Narathiwat dan Pattani untuk menggunakan perkhidmatan di sini yang jauh lebih menjimatkan masa dan kos.
"Kalau tidak, mereka terpaksa menaiki penerbangan ke Bangkok kerana tiada penerbangan terus dari Haadyai atau Phuket, yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang lebih besar. Jika mahu menaiki penerbangan dari LTSM, mereka hanya perlu naik bas ke untuk Terengganu antara lima hingga enam jam dengan kos jauh lebih rendah," katanya.
Sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah dari Terengganu selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari lain-lain negeri pada musim haji tahun ini.

No comments:
Post a Comment