Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu boleh disifatkan sebagai kalangan ADUN bertuah di negara ini kerana peruntukan yang diberikan kepada mereka melebihi RM1 juta setahun.
Kepada yang menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pula mereka menerima tambahan daripada peruntukan yang sedia ada hampir separuh daripada yang diterima ADUN.
Apakah bentuk peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri dan Menteri Besar?
1. Bantuan Am
2. Bantuan Pembangunan;
3. Peruntukan Jawatankuasa Kemajuan Agama Peringkat Daerah;
4. Peruntukan Ihya Ramadhan (EXCO & ADUN) dan;
5. Peruntukan Sambutan Hari Raya Aidilfitri (EXCO & ADUN)
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan terkejut apabila ada beberapa ADUN membuat laporan kepada pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kononnya peruntukan tidak sampai ke kawasan mereka untuk melaksanakan projek.
Soalnya kenapa sampai begitu sekali mereka ini bertindak untuk menggambarkan betapa Menteri Besar tidak prihatin?
Apakah tujuan mereka?
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu difahamkan sedang menyediakan laporan penuh untuk dikemukakan kepada Menteri Besar mengenai peruntukan tahunan untuk ADUN sejak 2008 hingga akhir tahun ini.
Teganuku cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai peruntukan berkenaan tetapi jawapan diberikan ialah ‘sedang mengemaskini’.
Siapakah yang membuat laporan palsu berkenaan?
Juga kenapakah masih ada ADUN yang terus tidak berpuas hati sedangkan peruntukan yang diberikan jauh lebih tinggi daripada ADUN di negeri lain di bawah BN?
Pertanyaan ketiga ialah apakah Pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melayani dakwaan palsu sebegini? Siapakah ADUN Terengganu yang senang atau mudah masuk keluar pintu PM dan TPM?
Cuma yang tidak sedapnya, dakwaan tidak berasas seperti ini jika diteruskan ia menyambung kemelut politik yang sepatutnya sudah selesai selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Apakah Hishamuddin tidak dapat mengawal sesetengah ADUN di Terengganu atau beliau ‘sengaja membiarkan mereka membuat onar’ ?
Teganuku bertanyakan beberapa ADUN jumlah sebenar peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar?
Menurut mereka peruntukan yang diberikan sebenarnya cukup, malah kadangkalanya melebihi permohonan mereka apabila tiba musim perayaan dan sebagainya.
Daripada maklumat awal Teganuku, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk ADUN bertambah 100 peratus dalam tempoh dua tahun – 2008 dan 2010.
Maklumat awal mengatakan Bantuan Am untuk setiap ADUN pada 2008 ialah RM200,000 kini menjadi RM400,000 setiap DUN sementara Bantuan Pembangunan pula juga bertambah pada jumlah yang sama.
Ini bermakna setiap DUN di bawah BN mendapat RM800,000 setahun pada 2010, iaitu pertambahan sekali ganda berbanding RM400,000 pada 2008.
Ini belum bantuan lain yang disediakan Menteri Besar dari masa ke masa.
Apakah ini tidak menggambarkan keperihatinan Ahmad Said? Apakah sesetengah ADUN Terengganu jenis tidak tahu berterima kasih dan reti bersyukur?
Sebaik mendapat maklumat, Teganuku akan mendedahkan jumlah sebenar peruntukan untuk ADUN Terengganu yang disifatkan ‘kecil’ dan tidak cukup oleh sesetengah ADUN.

Tunggu laporan seterusnya!
No comments:
Post a Comment